Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, February 3, 2009

Pejalanan


Keperitan berhadapan dengan situasi genting, sememangnya memenatkan. tetapi kepenatan itu akan diganti dengan hembusan pengalaman. Ia mungkin memberi erti atau sekadar singgah sebagai mimpi ngeri. Hanya hati yang bertunjangkan akal yang boleh mentafsir segala yang tersirat. ketibaan tahun baru tepat 12 tengah malam 31 disember yang lalu mungkin menjadi salah satu peluang kita untuk mengubah diri dan menilai adakah kita masih lagi berada dipelayaran yang sama atau kita telah mengubah haluan jalan hidup kita. Mengertilah peluang dan kesempatan yang mendatang memerlukan kebijaksanaan untuk menggerakkan langkah meneroka dunia dan mengambil sebanyak mungkin pengalaman yang pastinya mengajar kita erti sebuah kehidupan.