Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, July 27, 2009

Jalan-jalan dihujung minggu Sematan

bersihnya pantai Abng Amin


anak sapa nea enta??????


usaha tangga kejayaan, berjaya jugak naik biarpun berkasut.....


kali pertama menjejakkan kaki di sematan


Friday, July 24, 2009

Amani


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Wednesday, July 8, 2009

Terima kasih sahabatku


Aku hampir tiga hari rehat dibilik kerana demam. Memang boring jugak tak dapat ikut latihan drama, tidak dapat jalan-jalan bersama-rakan. Tapi aku tahu inilah masa rehat untuk ku. Sepanjang aku berada dibilik banyak benda yang aku fikirkan selain menelaah berita harian online. Sahabat sejati adalah sahabat yang akan sentiasa bersama kita suka dan duka. Bukan senang nak cari sahabat sejati. Aku sebenarnya rasa terharu kerana aku memiliki sahabat yang aku rasa benar-benar dekat dihati. Semasa aku demam ni diorang bersusah payah balik kampung semata-mata untuk ambil buah kelapa untuk aku. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa mereka. Terima kasih sahabat ku........ ingatlah kalu kita nak melihat keikhlasan seseorang lihatlah siapa yang bersama kita ketika ditimpa musibah.

Monday, July 6, 2009

Aku masih disini


Kadang-kadang aku merasakan masa bergerak begitu pantas. Sehinggakan banyak perkara yang telah berlaku tanpa kita sedari. Aku tiba-tiba teringat disaat aku masih dibangku sekolah dulu, masa tu kami sekelas telah diberi tugasan oleh cikgu kami untuk mencipta sebuah sajak. Masa tu ilmu bahasa aku taklah sehebat mana. Takut juga masa sajak tu nak dideklamasikan oleh kawanku. Takut kena kritik. Biasalah kita kan masih pelajar lagi, mesti banyak benda yang kurang sana sini. Aku tak sangka kritikan yang aku fikirkan pujian yang aku terima. Seronok juga masa tu, kena puji cikgu biasalah siapa yang tak suka kena puji.

Tapi bukan pujian yang aku maksudkan. Biarpun masih dibangku sekolah, aku dapat mengukir sebuah sajak yang sebenarnya aku sendiri tak sangka aku mampu coretkan. Sajak tu aku ilhamkan dari apa yang aku nampak, dan apa yang aku rasa setiap hari, kadang-kadang kita tidak dapat menegur sahabat-sahabat kita dengan hanya memberi nasihat. Aku berharap sajak "Aku Masih Disini" masih melekat diingatan sahabat-sahabat sekolah ku dulu.

Bukan perihal sajak itu yang aku nak ceritakan. Apa yang aku cuba tempiaskan diminda sahabat-sahabatku pada masa itu sebenarnya banyak berlaku sekarang. Aku merasakan banyak kehidupan kita(aku) yang telah dimatikan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Entahlah kadang-kadang aku betul-betul terkejut melihat rakan-rakan sekolah aku dulu yang pendiam dikelas kini menjadi insan yang aku sendiri tidak kenal. Aku juga terkejut melihat sahabat aku yang dulu yang nampak istiqamah didalam melakukan kebaikan sekarang tidak lagi menjaga batas kehidupan duniawi yang sementara ini. Apakah silapnya??

ya benar, aku mungkin bukan insan yang sempurna untuk berbicara semua ini,
ya juga benar, aku hanyalah insan kerdil yang juga merenjiskan banyak dosa dihati.
Tapi aku percaya dan yakin setiap kita diberi peluang untuk berubah, ambillah ia sebaiknya berilah peluang untuk diri berubah..............