Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 27, 2009

untukmu....

Apabila sedih seluruh tubuh akan merasai kesedihan itu.

Thursday, November 26, 2009

MAAF??? PENGROBANAN????

1.PAGI INI AKU TELAH SOLAT AIDIL ADHA DI MASJID ASSOBIRIN. SEMEMANGNYA DIPERKARANGAN MASJID TELAH DIPENUHI JEMAAH YANG INGIN SOLAT BERSAMA. AKU PERGI LAMBAT KE MASJID. LAUNGAN TAKBIR TERUS DIALUNKAN BERSAMA HENINGNYA PAGI. SEPERTI BIASA MAK AKAN MEMBANGUNKAN AKU UNTUK SOLAT. BAPAK DAH LAMA PERGI KEMASJID. ITU ADALAH PERKARA YANG SERING BAPAK LAKUKAN PADA SETIAP SOLAT HARI RAYA DATANG AWAL.

TIADA APA YANG AKU NAK PERKATAKAN CUMA. CUMA ISI PENGORBANAN SEBENAR SUSAH UNTUK DICARI PADA ZAMAN SEKARANG. AKU TIBA-TIBA TERFIKIR, APAKAH BEZANYA GOLONGAN MISKIN DAN KAYA. ADAKAH ADA BEZANYA TANGGUNGJAWAP ORANG MISKIN DAN ORANG KAYA TERHADAP TUHAN YANG SATU. TANYALAH IMAM KITA........

HAMBAH ALLAH MEMBERI KENYATAAN KEPADA AKU...... "JANGAN TERLALU BANYAK TANGAN MEMBAWA KERETA KAU KESANA KEMARI" AKU BUKANLAH INSAN YANG BAIK, TERLALU BANYAK KEDAIFAN AKU. TETAPI AKU MASIH MENGERTI BESARNYA APA YANG AKU PEROLEHI APABILA MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA ORANG LAIN. YA MEMANG BENAR KERETA AKU AKAN BANYAK ROSAK APABILA ORANG MENGGUNAKAN KERETAKU, TERUTAMANYA KEPADA INSAN YANG TIDAK CERMAT. TETAPI BUKANKAH KEROSAKKAN KERETA ITU HANYALAH BERSIFAT DUNIAWI SEMATA. BERBANDING MEMBERI PERTOLONGAN.

AKU PERCAYA BAHAWA SETIAP SESUATU YANG BERLAKU TERLALU BANYAK NATIJAH YANG KEKADANG KITA TERLEPAS PANDANG. MENGORBANKAN SESUATU YANG BERSIFAT DUNIAWI SUDAH PASTI MEMBAWA KESELAMATAN KEPADA KTA DIAKHIRAT NANTI.

2. MAAF?? SEPERTI BIASA PAGI-PAGI RAYA BANYAK MESEJ RAYA MASUK UCAP SELAMAT HARI RAYA, MOHON MAAF. WAH RASA BEST SEBAB RASA DIINGATI KAWAN-KAWAN. TETAPI KEKADANG APABILA DIFIKIRKAN KATA-KATA MAAF ITU HANYA SEKADAR SEBUAH KENYATA YANG TIADA MAKNA. KEKADANG KITA HANYA TAHU FORWARD MESEJ YANG TELAH LALU UNTUK DIHANTAR KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KITA. APAKAH NILAI SEMUA ITU?? MOGA-MOGA KITA DAPAT RENUNGI BERSAMA. DIHARAP APA YANG KITA HANTAR ITU KHAS UNTUK KAWAN-KAWAN KITA DISERIKAN DENGAN KEIKHLASAN. ITULAH NILAI SEBUAH MAAF DAN KEMAAFAN.

Wednesday, November 25, 2009

kita terhenti

Melupakan sesuatu yang kita sayang bukanlah sesuatu yang mudah. keputusan itu perlu untuk kelangsungan hidup kita. cinta, seringkali dikaitkan dengan harapan. kerana harapan itulah yang memberi makna pada cinta bermula dengan sayang akan lahirlah harapan meninggi. tanpa harapan mungkin kita akan terus diperingkat yang sama tanpa usaha yang gigih untuk mendapatkan sesuatu. berapa banyak orang yang sanggup menangis bersama apabila kita menghadapi masalah. perlu diingat kesenangan yang datang tidak akan datang selamanya. siang ada hadnya... malam pun sama. Begitulah kehidupan kita yang terus berusia dengan masa yang juga terus berlalu.

Kepada insan yang tidak tahu menghargai apa yang telah dimiliki. jangan terlalu mudah tersenyum mengandaikan kita akan memperolehi yang lebih baik apabila kita melepaskan sesuatu. Belum ada jaminan untuk semua itu. Pernahkan kita terfikir perasaan orang lain. membeli permata dikedai tidak akan sama mencari permata didasar laut. biarpun matlamat akhirnya memiliki permata. begitulah kehidupan mencari teman diwaktu senang dan diwaktu berduka. kesukaran itu akan lebih membuatkan kita menghargai sesuatu. Janganlah mencari teman untuk mengisi masa lapang.

Wednesday, November 18, 2009

hari INI

semasa aku menaip post ni. jam dah menunjukkan 12.23 AM. sudah 23 min hari ini meninggalkan kelmarin. bial buat refleksi diri dari aku bangun pagi tadi sehinggalah saat tadi bnayk benda yang telah aku tempuhi. tempohnya singkat tetapi hakikatnya hari ini banyak perkara baru yang aku pelajari. namun tiada siapa yang akan tahu apa yang kita perolehi dan manfaatnya kepada kita.

soal hati?? kadang ada banyak perkara yang kita tidak dapat terangkan apabila bercakap soal hati. kerana ia begitu subjektif. kadang-kdang manis diimpikan tetapi pahit yang dirasai. tetapi adakah kita akan terus memikirkan rasa pahit itu sehingga kita tidak mahu mencuba perkara-perkara manis yang lain. sebenarnya kita perlu yang pahit sebelum merasai kemanisan agar apabila kita berjumpa dengan yang manis kita akan tahu menghargai dan menjaganya.

soal penat?? kelmarin memang agak penat maklumlah selepas stdy malamnya paginya pula exam. selain memaksa mata untuk tidur selepas belajar. hemmm entah kenapa mata tidak dapat dipejam. sedangkan tiada benda yang difikirkan ketika itu. mungkin masih blum ngantuk lagi kot... huh macam ada yang tak kene.....

Sunday, November 15, 2009

99 Cara Untuk Bahagia Dunia dan Akhirat

01.
Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02.
Sabar apabila mendapat kesulitan;
03.

Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04.
Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05.
Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06.
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07.
Jangan putus asa dalam menghadapi
kesulitan;
08.
Jangan usil dengan kekayaan orang;
09.
Jangan hasad dan iri atas kesuksessan
orang;
10.
Jangan sombong kalau memperoleh
kesuksessan;
11.
Jangan tamak kepada harta;
12.
Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
kedudukan;
13.
Jangan hancur karena kezaliman;
14.
Jangan goyah karena fitnah;
15.
Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
melebihi kemampuan diri.
16.
Jangan campuri harta dengan harta yang
haram;
17.
Jangan sakiti ayah dan ibu;
18.
Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.
Jangan sakiti anak yatim;
20.
Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.
Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
kecil;
22.
Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.
Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24.
Lakukan shalat fardhu di awal waktu,
berjamaah di masjid;
25.
Biasakan shalat malam;
26.
Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.
Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.
Sayangi dan santuni fakir miskin;
29.
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31.
Cintailah seseorang dengan tidak
berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;
33.
Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34.
Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat
dipenuhi;
35.
Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;
36.
Jangan percaya ramalan manusia;
37.
Jangan terlampau takut miskin;
38.
Hormatilah setiap orang;
39.
Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.
Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.
Berlakulah adil dalam segala urusan;
42.
Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.
Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44.
Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45.
Perbanyak silaturrahim;
46.
Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47.
Bicaralah secukupnya;
48.
Beristeri/bersuami kalau sudah siap
segala-galanya;
49.
Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
waktu;
50.
Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51.
Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52.
Sediakan waktu untuk santai dengan
keluarga;
53.
Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
54.
Hormatilah kepada guru dan ulama;
55.
Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56.
Cintai keluarga Nabi saw;
57.
Jangan terlalu banyak hutang;
58.
Jangan terlampau mudah berjanji;
59.
Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60.
Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak
berguna;
61.
Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62.
Sering bangun di penghujung malam, berdoa
dan beristighfar;
63.
Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
mampu;
64.
Maafkan orang lain yang berbuat salah
kepada kita;
65.
Jangan dendam dan jangan ada keinginan
membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66.
Jangan membenci seseorang karena pahaman
dan pendiriannya;
67.
Jangan benci kepada orang yang membenci
kita;
68.
Berlatih untuk berterus terang dalam
menentukan sesuatu pilihan
69.
Ringankan beban orang lain dan tolonglah
mereka yang mendapatkan kesulitan.
70.
Jangan melukai hati orang lain;
71.
Jangan membiasakan berkata dusta;
72.
Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
73.
Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74.
Laksanakan segala tugas dengan penuh
keikhlasan dan kesungguhan;
75.
Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.
Jangan membuka aib orang lain;
77.
Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari
kita;
78.
Ambilah pelajaran dari pengalaman
orang-orang arif dan bijaksana;
79.
Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
sudah dilakukan;
80.
Jangan sedih karena miskin dan jangan
sombong karena kaya;
81.
Jadilah manusia yang selalu bermanfaat
untuk agama,bangsa dan negara;
82.
Kenali kekurangan diri dan kenali pula
kelebihan orang lain;
83.
Jangan membuat orang lain menderita dan
sengsara;
84.
Berkatalah yang baik-baik atau tidak
berkata apa-apa;
85.
Hargai prestasi dan pemberian orang;
86.
Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;
87.
Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.
88.
Sediakan waktu untuk berolahraga yang
sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri
kita;
89.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
fisikal dan mental kita menjadi terganggu;
90.
Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;
91 .
Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan
orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang
dapat menyebabkan orang lain terhina;
93.
Jangan cepat percaya kepada berita jelek
yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94.
Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
95.
Sambutlah huluran tangan setiap orang
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak
berlebihan;
96.
Jangan memforsir diri untuk melakukan
sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97.
Waspadalah akan setiap ujian, cobaan,
godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan
kehidupan;
98.
Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan
melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
melahirkan kerusakan;
99.
Jangan sukses di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang;

10 Tips Bagaimana Menyayangi Seseorang

1.
Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Thursday, November 12, 2009

paper kedua berlalu....

Kertas exam kedua diadakan petang.... memberi peluang untuk stdy disebelah pagi. subjek Agak berat jugak....kalau tak dibaca sebab sejarah..... tak dapat digoreng dengan ramuan yang tak tentu pasal. exam yang memakan masa 2 jam setengah sememangnya melenguhkan tubuh yang hanya duduk dimeja dan berfikir. huhuhu... disamping otak ligat berfikir untuk menyokong hujah-hujah jawapan yang ditulis. melihat orang lain yang terus-menerus menggunakan masa yang tersedia untuk menghasilkan jawapan yang berkualiti aku pun turut sama mengikut jejak. ada jugak yang keluar awal dari dewan ada dua kemungkinan mereka yang keluar awal didewan sama ada diorang dah boring kerana sudah dapat menjawap kesemua jawapan atau diorang tak dapat jawap. hehehhehe sempat berfikir benda lain.... tak baiknya dia. Nasib baik ada pegawai yang menjaga peperiksaan banyak mencuri perhatian aku dan mencuit hati. cara dia memang hebat setiap kali diberi tanggungjawap. Apa-apa pun kita tunggu lah keputusan peperiksaan ni nanti.

Tuesday, November 10, 2009

kereta aku dah pulih.

Setelah beberapa hari berhadapan menggunakan kereta tanpa break yang baik. Akhirnya hari ini break kereta aku kembali pulih sedia kala. banyak juga tragedi ngeri yang berlaku sepanjang maslah kereta aku belum diselesaikan..... antaranya sikit lagi nak langgar kereta viva masa nak klua simpang. huhuhu nasib baik dia berhenti betol-betol depan kereta viva.... jantung bagaikan berdegup kencang.... muka pucat dan berpeluh..... nasib baik selamat pejalanan diteruskan sambil membuat refleksi kendiri bersama rakan-rakan didalam kereta. bak kata pensyarah aku " setiap hari adalah hari belajar untuk kita"

1 paper dah lepas...

Alhamdulillah... 1 paper dah selesai untuk Exam kali ni (EDU). Banyak jugak yang dapat dijawap tak kurang juga rasa was-was dengan jawapan yang telah diberikan. hehehe.... malam sebelumnya belajar banyak sangat sampai tak tahu maklumat mana yang betol diisi untuk soalan yang diberikan masa exam...... bijak-bijak.... Apa-apa pun tawakal je... janji kita dah buat yang terbaik... selamat berjuang untuk paper seterusnya hari khamis ni PSS 3103...... kepada kawan-kawan semoga selamat meniti hari exam yang mendatang esok lusa dan seterusnya... hahahaha

Saturday, November 7, 2009

tekanan....

hari tu kelas kami telah di beri mandat untuk menjadi sebahagian ahli jawatankuasa untuk majlis----------------. Saya telah diberi peluang untuk menjadi MC. Memang kami bersemangat menghias dewan. Memang cantik betul dewan pada hari tersebut. letih memang lah letih tetapi rasanya berbaloi penat lelah kami apabila melihat dewan yang indah penuh dengan warna warni. Namun pada hari berlangsungnya majlis tersebut, kelancaran atur cara terganggu apabila ada segelintir mereka yang tidak bertindak atas kapasiti yang telah diberikan. Sedangkan kami hanya diberi tugas yang telah diberikan. memang tidak boleh masuk campur urusan lain biarpun sebenarnya ianya perlu. kami menganggap apa yang diluar bidang kami telah diuruskan dengan baik. Namun lain cerita sebaliknya. Sememangnya agak sukar menjalankan tugas apabila sifat ingin membantu tidak ditonjolkan. Kepada insan yang telah diberi tugas, itu adalah amanat jalankan dengan baik. jangan seperti melepaskan batuk ditangga. bila dah bertugas jangan asyik membandingkan apa yang kita telah lakukan. buatlah dengan keikhlasan. banyak benda yang kita tahu dari apa yang kita tidak tahu. Cantik luaran bukan jaminan kelancaran sesuatu perkara. Apa yang aku pelajari duduk bermesyuarat penting sebelum menjalankan aktiviti.....

kereta oh kereta

kereta ku... oh keretaku... sedih bila melihat kereta yang kita sayang tercedera...... lebih sedih lagi bila orang lain yang cederakan.... tapi takpelah.... semua itu ujian.... susah nak salahkan sapa-sapa dalam hal macam ni. lainlah kalau diorang mengaku... tapi best jugak bila kita senang dapat tolong orang.... insya-Allah bila kita susah mesti ada juga yang tolong kita. Kadang-kadang apabila kita membuat salah kita janganlah menyembunyikan kesalahan tersebut. Berterus terang bukan membawa kita kepada jalan yang buntu dalam menyelesaikan masalah. Tetapi itu sebenarnya cara terbaik didalam menangani konflik.