Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 9, 2010

aktiviti sihat

Rasa hebat bila dapat lari 6 pusingan kat padang kemarin. Biarpun payah nak habiskah. Rasa tak larat nak jalan pastu hahahaha. maklum jelah lama dah tak buat aktiviti macam tu. masa cuti bnyak dihabiskan kat rumah je.

Terlupa nak cita pasal cuti hujung tahun nea tadi. Cuti nea banyak aku habiskan dengan dengan duduk rumah, emmmm Selain daripada itu aku juga ambil masa cuti nea untuk baiki bumper kereta aku yang pecah tempoh hari. Hem susah juga nak baiki semua tu. Terpaksa beli cat dan bahan-bahan asas yang lain. Nasib baik ade member yang tahu tentang semua tu... dialah yang banyak tolong aku. Lame jugak nak siapkan. Tapi Alhamdulillah, hasil usaha yang gigih bumper ku siap sepenuhnya... sekarang dah ok dah..... hampir terlupa aku, setelah siap tu aku nea cuba lah nak tebalkan clear bumper kereta, tapi malang yang menimpa. Keesokkan harinya aku periksa lah balik bumper kereta ku. Masa tu nak pergi cbu, terkejut tengok warna bumper wana putih kebiruan..... tebal sangt ke clear..???. Masa pejalanan pergi cbu aku asyik terfikir kan benda tu. Tapi bila balik aku dikejutkan balik. dia kembali ke warna asal. huhuhuhuhu silap aku juga suka hati aku je nak cat semula bumper tu.... sampai sekarang kalu pagi dia wana lain tengah hari ok balik....... hhehehheheheh...mungkin sebab pagi sejuk kot..

Pastu aku juga berkesempatan melawat kebun atuk ku. yang tak jauh juga rumah dalam 5, 6 minit boleh sampai. sempatlah juga bakar sabut kelapa. pastu mak ajak g ambil sayur "bidin" hehehe sayur nea sedap kalu dimasak. aku baru tau mak aku cakap kalu bidin yang warnanya agak merun bidin itu tak berapa nak sedap agak pahit. berbanding bidin hijau. hari tu aku banyak ambik bidin merun... belum tau lagi masa tu.

Pastu aktiviti yang terakhir yang aku buat masa cuti... ehemmm adalah..... lawan danasour dengan aiman hehee mcm budak2 tapi tulah kena layan jugak anak buah... masa cuti je dapat main dengan si aiman nea. skrang nea pun dia slalu suruh aku balik kampung. umur masih tiga tahun..... tapi bijak.... dia Layan game CS, GTO..... bijak2.....

tulah antara aktiiti yang aku buat masa cuti......... nak kate membosankan tak juga...

Antara dua

Persimpangan yang sentiasa dihadapan setiap perjalanan kita banyak mengundah kekecewaan. andai kata kita telah memilih satu jalan. kita terpaksa melepaskan pilihan yang satu lagi yang mana mungkin adalah pilihan terbaik kita. namun adakah kita sedar akan pilihan yang telah kita ambil itu. kadang-kadang kita akan sedar hanya bila beberapa tahun setelah membuat keputusan. Ada juga sehingga berpuluh tahun. Adakah kita dianggap seorang yang gagal setelah membuat pilihan yang salah. saya beranggapan bahawa setiap dari kita mempunyai peluang yang sama rata untuk berubah. cepat atau lambat adalah datang dari kita sendiri.

disaat beberapa hari berada ditahun baru, Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dinegara kita sejak kebelakangan ini, yang mengundah gelisah dihati kita. Adakah kemodenan yang kita kecapi sekarang telah melupakan kita untuk cara beradap. cukupkah sistem yang kita guna sekarang untuk membina jati diri seorang insan dinegara kita?

Sebagai umat Islam yang memegang prinsip rukun iman. perlu bijak didalam menangani perihal masalah yang berlaku. Adakah dengan menggunakan keganasan kita dapat menyelesaikan isu tersebut. Adakah dengan berkelakuan diluar kawalan tersebut Nama Agama kita akan dipandang baik.? bagaimana pula kepada insan yang baru berjinak-jinak dengan agama kita, apabila melihat situasi sekarang mungkin menyebabkan mereka berasa tergamam seketika. siapakah yang akan bertanggungjawap??

pilihlah antara 2............ baik atau jahat......