Kali ini aku nak kongsikan tentang salah satu permainan tradisional yang amat popular dimainkan oleh kanak-kanak satu masa dulu di kampung kabong. Sekarang mungkin masih dimainkan tetapi rasanya ia tidaklah sehebat zaman 80-an.
Latar belakang
Permainan guli roket merupakan permainan guli yang popular di pekan Kabong diawal 80-an. Permainan ini mendapat sambutan daripada kanak-kanak kerana mereka mampu mengumpul jumlah guli yang banyak dalam satu-satu masa. Permainan ini juga memerlukan kemahiran melontar guli dengan baik dan memerlukan perhatian yang tinggi semasa melontar guli.
Undang-undang
Peraturan permainan(ikut penganjur)
1. -Setiap kumpulan besar diminta untuk menghantar 3 orang wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket.
2. -Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan.
3. -Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas gelanggan pertandingan.
4. -Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang telah ditetapkan oleh penganjur.
5. - Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau kelakuan dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan mengikut budi bicara juri.
6. - Kuputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan.
Cara bermain
1. -Setiap kumpulan akan dibekalkan 30 guli oleh penganjur.
2. -Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk setiap pusingan.
3. - Penentuan giliran, ditentukan berdasarkan kepada jarak hampir lontaran guli peserta digarisan permulaan yang dilontar dari arah kotak roket.
4. -Jumlah guli yang dipertaruhkan ditentukan berdasarkan persetujuan dari setiap kumpulan.
5. Guli disusun mengikut budi bicara penganjur pada satu garisan lurus dalam kotak roket.
6. -Mata diambil berdasarkan kepada jumlah guli yang diperolehi pada setiap pusingan.
Bagaimana cara untuk mengumpul jumlah guli yang banyak?
1. - Setiap peserta akan berusaha mengeluar guli dari kotak roket.
2. -Apabila guli pertama berjaya dikeluarkan peserta bukan sahaja akan memperolehi guli yang berjaya dikeluarkan tetapi juga memperolehi guli yang berada dibelakang bermula dari guli yang telah berjaya dikeluarkan.
3. - Semakin dekat guli yang berjaya dikeluarkan dari puncak roket semakin banyak jumlah guli yang dikumpulkan.
4. -Guli yang digunakan untuk melontar mestilah berada diluar kawasan kotak roket bagi membenarkan peserta mengambil guli selebihnya.
5. -Pusingan akan tamat apabila jumlah guli dalam kotak roket kurang dari 4.
6. - Jumlah mata akan dikumpulkan setelah selesai 3 pusingan.
7. - Giliran peserta akan sentiasa ditentukan apabila setiap pusingan dimulakan.
P/s:
Saya akan anjurkan permainan tradisional ini sabtu ini, jadi ada syarat penyertaan sekali dimasukkan. kalau dimainkan diperingkat kampung kita jadi penganjur dan kitalah juga yang menangis bila kalah.
1.