Mengukir senyuman kepada sesuatu yang mengindahkan akan membuatkan hati sayu bila memikirkan. Melampiaskan sesuatu yang jarang kita terokai akan menjadi sandaran kepada pengalaman baru buat kita. kebisingan, kebosanan dan kegilaan dunia saat itu sangat mudah mengalpakan kepada insan yang bangun dalam dunia realiti dan tidur saat cengkerik malam menguasai kebisingan kampung. Saat itu bukan musim sedar untuk siang dan sebenarnya dia itu masih kabur menyuburkan benih yang baru tumbuh daunnya. Adapun saat itu juga sekumpulan dalam kalangan mereka bangun menentang, ada pula tangan kotor yang rakus tidak menyukainya.
Siapa sangka siang cuacanya panas keringat terasa menitis, diizinkan pula hujan hingga terbenam matahari menguning. Kesedaran itu akan mematikan jiwa yang kosong menjadi air penuh berisi didalam bekas yang cukup besar untuk dikumpulkan. Lantaran kesedaran menyerap masuk didada, akan ada pula jentera pembawa nista bergelut untuk melegakan bahangnya dendam kesumat yang tiada penghabisan.Gelintar mencari cahaya, gelincar mencari jalan, gelintar mencari pilihan tiada diketemukan. Gugurnya manis pada buah yang ranum, membuat hati kecewa kerana hilangnya jiwa untuk rasa. Mengemis dalam kezaliman memberi jalan sempurna kepada jiwa yang meminta.
Malanglah kepada jiwa yang sering mencari kesenangan pada jalan yang mudah, tiada dirasanya kesusahan membuatnya resah dihujung jalan kesepian. Di ambilnya barang bukan miliknya sekumpulan rakyat mencari hilangnya harta itu. Biarpun beringgit cuma tetapi hilangnya seperti jatuhnya permata dalam lautan luas yang tiada ketahuan bisanya. Berani sungguh melebar jala disungai tinggalnya buaya. Azab dan balasan mana mungkin belum ditafsir oleh akal yang masih mengalir darah untuknya. Jiwa ini memegang harapan memuncak untuk menangkap lupanya manusia.
Menggelunsur dalam himpunan bijak pandai membuat jiwa tenang mencari. Tiada harapan mudahnya tinggalkan janji, hanya hati yang busuk sahaja mahu rasa terkesan kepada bijaknya hati. Menunggu resah usaha diri, adakah masih untuk diperbaiki atau ia mahu kita menelan pahitnya hempedu. Jiwa yang tenang menggigil ketakutan hingga lupa ada yang memerhatikan disebalik itu. Pantas bergerak bebas hingga lupa jalan yang pernah dilalui. Harapan jiwa kejayaan dihujung sudut itu diambil menjadi inti. Inti kebosanan, Inti Kegilaan dan kebisingan.
Satu demi satu genggaman dilepaskan yang lemah tenggelam dengan angan-angan dan yang gagah terus berenang ketepian ada dijumpanya. Meraung dan menjerit saat dunia bukan miliknya, hangus dek kerana kesombongan yang dijaga. Jiwa ini mahukan penghias, entah apa inginnya. Terasa kesamaran itu, luput dari padangan menjadi gelab dan apa dijiwa. liku-liku itu membuat jiwa berani mara dalam menapak didunia fana.
Teringat kan dia sejarah yang mengundang amukan. Belum terjawab hilangnya sudah dijaja siapa mengambilnya. Sekampung memandang hina kepada siapa yang bukan milik. Terasa fitnah melukakan jiwa, jiwa yang penuh dijaga, jiwa yang tiada dikhianatinya. Rumah jampi serapah dikatakan boleh mengetahui siapa pelakunya. Semua itu bohong belaka, tiada sempat untuk berfikir terus kesalahan diceritakan. Sungguh perit penghinaan itu. Lalu dijumpanya sang penjampi agar ditinggalkan amalan dusta. Kebenaran timbul seperti melati disungai mengalir tenang. Jiwa perlukan kebenaran.
Saturday, May 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment