Situasi 1: Kejadian di sebuah Hospital Umum.
Cikgu A telah pergi ke wad kecemasan kerana mengalami masalah kesihatan. Sementara menunggu giliran untuk dipanggil tiba-tiba matanya terarah kepada dua orang lelaki yang sedang berbincang sesuatu. Berdasarkan kepada gerak-geri dan pakaian yang digunakan, kemungkinan besar mereka merupakan doktor yang bertugas pada malam tersebut. Cikgu A kemudiannya memerhati salah seorang daripada mereka yang betul-betul berdiri mengadap Cikgu A yang seakan-akan seperti anak muridnya yang pernah diajarnya dulu. Cikgu A mengambil keputusan untuk bangun dan mendekati mereka dengan lebih rapat. Mata Cikgu A memang tidak silap doktor tersebut merupakan bekas pelajarnya. Namun kehadiran Cikgu A tidak diendahkan oleh doktor tersebut. Rupa-rupanya doktor tersebut merupakan bekas pelajar yang pernah mendapat keputusan cemerlang di sebuah sekolah yang pernah diajarnya suatu masa dahulu. Cikgu A kembali ketempat duduknya dan setia menunggu giliran dipanggil untuk diperiksa.
Situasi 2: Kejadian Dalam sebuah kapal terbang.
Kapal terbang sudah berjaya berangkat dari lapangan terbang seperti biasa pramugari akan melayan semua penumpang untuk keselesaan. Cikgu B duduk seperti biasa didalam kapal terbang tersebut. Tiba-tiba seorang pramugari tanpa disuruh menghantar selimut kepada Cikgu A.
Cikgu B : Ini barang yang awak minta ke?
Penumpang : Bukanlah, saya tak minta pun.
Cikgu B berasa hairan dan membiarkan selimut tersebut disitu kerana takut selimut tersebut bukan miliknya. selang beberapa minit kemudian pramugari tersebut memberinya kacang dan sekali lagi Cikgu B berasa hairan.
Cikgu B : Ini makanan yang awak minta ke?
Penumpang : bukanlah, saya tak minta pun.
Kejadian tersebut membuatkan hati Cikgu B semakin kehairanan dan sekali lagi Cikgu B membiarkan makanan yang telah diberikan oleh pramugari itu tadi. Selang beberapa minit kemudian pramugari itu datang sekali lagi dan memberikan sesuatu sekali lagi. Namun kali ini...
Pramugari : Cikgu tidak ingat saya lagi? saya ini bekas pelajar cikgu dahulu.
Persoalan yang bermain diminda Cikgu B terjawab. Setelah diteliti barulah Cikgu B tahu pramugari itu merupakan bekas pelajarnya dulu, Cikgu B berbangga kerana memiliki pelajar yang sudah ada kerjayanya sendiri biarpun dahulu pelajarnya ini hanya mendapat keputusan yang sederhana dalam kelas.
Situasi 3 : Kejadian di kedai makan.
Setelah penat berjalan Cikgu C mengambil keputusan untuk berhenti minum sebuah kedai yang berhampiran. Belum sempat untuk Cikgu C untuk duduk. Tiba-tiba dia terdengar suara orang yang memanggil dengan kuat sekali dari jauh. Usia Cikgu C yang sudah lanjut menyebabkan Cikgu C tidak nampak dengan jelas wajah individu yang memanggil itu.
Individu : Cikgu!! Cikgu!! Cikgu!!
individu terbabit terus mendekati Cikgu C dan tanpa segan pilu memberi salam dan memeluk cikgu dengan penuh rasa kegembiraan.
Individu : Assalamualaikum cikgu.
Cikgu C : wa'alaikumussalam
Individu : cikgu tidak ingat saya lagi, ala bekas anak murid cikgu yang selalu ken marah kerana tidak siapkan kerja rumah. hehehehe
Cikgu C akhirnya ingat tentang pelajarnya ini. Pelajarnya ini merupakan pelajar yang sangat nakal suatu masa dahulu. Cikgu C sangat berbangga biarpun pernah dihukum oleh cikgu C namun tiada satu pun yang disimpannya didalam hati.
* Cerita ini memberi ruang untuk kita berfikir tentang sesuatu. Apa silapnya?
No comments:
Post a Comment