Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, September 30, 2011

Berakhirnya Sebuah Kemerdekaan


Berakhirnya sebuah kemerdekaan,
akan tiada lagi senyum tawa riang,
alunan perasaan,

berakhirnya sebuah kemerdekaan,
tiada lagi bingit suara kanak-kanak bermain,
melainkan bingit tangisan,
.
berakhirnya sebuah kemerdekaan,
senyuman mendapatkan hasil tuaian,
bertukar menjadi suara ketakutan,

berakhirnya sebuah kemerdekaan,
tiada lagi marah ibu kerana pelajaran,
melainkan jeritan mahukan keselamatan.

berakhirnya sebuah kemerdekaan
rumah yang indah dijadikan idaman,
kini menjadi kubu lemah pertahanan,
berakhirnya sebuah kemerdekaan,
masa begitu jauh berjalan,
rasa perit untuk ditelan,
berakhirnya sebuah kemerdekaan,
suara kian pudar bersama kesakitan,
tanpa perlindungan nilai ehsan,
kita mampu pertahankan,
kita mampu menzahirkan,
kita mampu mencorakkan,
sebelum,
berakhirnya sebuah kemerdekaan.
                                                                                                           
                                                                                                             Nukilan: Sepawi

Wednesday, September 21, 2011

Andai Hati Tiada Kamu



Andai  hati ini tiada kamu,
bunga yang mekar  pasti ada  yang  sedih  layu.

Andai hati ini tiada kamu,
bangunan yang megah indah pasti juga menjadi kubu.

Andai hati ini tiada kamu,
nilai ehsan yang dulu ranum pasti bukan menjadi penyambut  tetamu.

Andai hati ini tiada kamu
pasti rosak kampung yang tidak berpenghulu.


Andai hati ini  tiada kamu
ikatan yang teguh pasti juga tidak akan bersatu.

Andai hati ini tiada kamu,
tangisan  sang pencinta pasti tidak diketemu.

Engkau lambang  kecintaan,
Engkau tanda kesetiaan,
Engkau lambang kesenangan,
Engkau tanda keluhuran,
Engkau lambang penghormatan,
Engkau tanda kesucian,
Kehadiran mu bukan kerana paksaan,
Tetapi anugerah kerana kerelaan.

Kasih sayang....

                                                                                                                   nukilan: Sepawi