Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 27, 2009

untukmu....

Apabila sedih seluruh tubuh akan merasai kesedihan itu.

Thursday, November 26, 2009

MAAF??? PENGROBANAN????

1.PAGI INI AKU TELAH SOLAT AIDIL ADHA DI MASJID ASSOBIRIN. SEMEMANGNYA DIPERKARANGAN MASJID TELAH DIPENUHI JEMAAH YANG INGIN SOLAT BERSAMA. AKU PERGI LAMBAT KE MASJID. LAUNGAN TAKBIR TERUS DIALUNKAN BERSAMA HENINGNYA PAGI. SEPERTI BIASA MAK AKAN MEMBANGUNKAN AKU UNTUK SOLAT. BAPAK DAH LAMA PERGI KEMASJID. ITU ADALAH PERKARA YANG SERING BAPAK LAKUKAN PADA SETIAP SOLAT HARI RAYA DATANG AWAL.

TIADA APA YANG AKU NAK PERKATAKAN CUMA. CUMA ISI PENGORBANAN SEBENAR SUSAH UNTUK DICARI PADA ZAMAN SEKARANG. AKU TIBA-TIBA TERFIKIR, APAKAH BEZANYA GOLONGAN MISKIN DAN KAYA. ADAKAH ADA BEZANYA TANGGUNGJAWAP ORANG MISKIN DAN ORANG KAYA TERHADAP TUHAN YANG SATU. TANYALAH IMAM KITA........

HAMBAH ALLAH MEMBERI KENYATAAN KEPADA AKU...... "JANGAN TERLALU BANYAK TANGAN MEMBAWA KERETA KAU KESANA KEMARI" AKU BUKANLAH INSAN YANG BAIK, TERLALU BANYAK KEDAIFAN AKU. TETAPI AKU MASIH MENGERTI BESARNYA APA YANG AKU PEROLEHI APABILA MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA ORANG LAIN. YA MEMANG BENAR KERETA AKU AKAN BANYAK ROSAK APABILA ORANG MENGGUNAKAN KERETAKU, TERUTAMANYA KEPADA INSAN YANG TIDAK CERMAT. TETAPI BUKANKAH KEROSAKKAN KERETA ITU HANYALAH BERSIFAT DUNIAWI SEMATA. BERBANDING MEMBERI PERTOLONGAN.

AKU PERCAYA BAHAWA SETIAP SESUATU YANG BERLAKU TERLALU BANYAK NATIJAH YANG KEKADANG KITA TERLEPAS PANDANG. MENGORBANKAN SESUATU YANG BERSIFAT DUNIAWI SUDAH PASTI MEMBAWA KESELAMATAN KEPADA KTA DIAKHIRAT NANTI.

2. MAAF?? SEPERTI BIASA PAGI-PAGI RAYA BANYAK MESEJ RAYA MASUK UCAP SELAMAT HARI RAYA, MOHON MAAF. WAH RASA BEST SEBAB RASA DIINGATI KAWAN-KAWAN. TETAPI KEKADANG APABILA DIFIKIRKAN KATA-KATA MAAF ITU HANYA SEKADAR SEBUAH KENYATA YANG TIADA MAKNA. KEKADANG KITA HANYA TAHU FORWARD MESEJ YANG TELAH LALU UNTUK DIHANTAR KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KITA. APAKAH NILAI SEMUA ITU?? MOGA-MOGA KITA DAPAT RENUNGI BERSAMA. DIHARAP APA YANG KITA HANTAR ITU KHAS UNTUK KAWAN-KAWAN KITA DISERIKAN DENGAN KEIKHLASAN. ITULAH NILAI SEBUAH MAAF DAN KEMAAFAN.

Wednesday, November 25, 2009

kita terhenti

Melupakan sesuatu yang kita sayang bukanlah sesuatu yang mudah. keputusan itu perlu untuk kelangsungan hidup kita. cinta, seringkali dikaitkan dengan harapan. kerana harapan itulah yang memberi makna pada cinta bermula dengan sayang akan lahirlah harapan meninggi. tanpa harapan mungkin kita akan terus diperingkat yang sama tanpa usaha yang gigih untuk mendapatkan sesuatu. berapa banyak orang yang sanggup menangis bersama apabila kita menghadapi masalah. perlu diingat kesenangan yang datang tidak akan datang selamanya. siang ada hadnya... malam pun sama. Begitulah kehidupan kita yang terus berusia dengan masa yang juga terus berlalu.

Kepada insan yang tidak tahu menghargai apa yang telah dimiliki. jangan terlalu mudah tersenyum mengandaikan kita akan memperolehi yang lebih baik apabila kita melepaskan sesuatu. Belum ada jaminan untuk semua itu. Pernahkan kita terfikir perasaan orang lain. membeli permata dikedai tidak akan sama mencari permata didasar laut. biarpun matlamat akhirnya memiliki permata. begitulah kehidupan mencari teman diwaktu senang dan diwaktu berduka. kesukaran itu akan lebih membuatkan kita menghargai sesuatu. Janganlah mencari teman untuk mengisi masa lapang.

Wednesday, November 18, 2009

hari INI

semasa aku menaip post ni. jam dah menunjukkan 12.23 AM. sudah 23 min hari ini meninggalkan kelmarin. bial buat refleksi diri dari aku bangun pagi tadi sehinggalah saat tadi bnayk benda yang telah aku tempuhi. tempohnya singkat tetapi hakikatnya hari ini banyak perkara baru yang aku pelajari. namun tiada siapa yang akan tahu apa yang kita perolehi dan manfaatnya kepada kita.

soal hati?? kadang ada banyak perkara yang kita tidak dapat terangkan apabila bercakap soal hati. kerana ia begitu subjektif. kadang-kdang manis diimpikan tetapi pahit yang dirasai. tetapi adakah kita akan terus memikirkan rasa pahit itu sehingga kita tidak mahu mencuba perkara-perkara manis yang lain. sebenarnya kita perlu yang pahit sebelum merasai kemanisan agar apabila kita berjumpa dengan yang manis kita akan tahu menghargai dan menjaganya.

soal penat?? kelmarin memang agak penat maklumlah selepas stdy malamnya paginya pula exam. selain memaksa mata untuk tidur selepas belajar. hemmm entah kenapa mata tidak dapat dipejam. sedangkan tiada benda yang difikirkan ketika itu. mungkin masih blum ngantuk lagi kot... huh macam ada yang tak kene.....

Sunday, November 15, 2009

99 Cara Untuk Bahagia Dunia dan Akhirat

01.
Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02.
Sabar apabila mendapat kesulitan;
03.

Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04.
Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05.
Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06.
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07.
Jangan putus asa dalam menghadapi
kesulitan;
08.
Jangan usil dengan kekayaan orang;
09.
Jangan hasad dan iri atas kesuksessan
orang;
10.
Jangan sombong kalau memperoleh
kesuksessan;
11.
Jangan tamak kepada harta;
12.
Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
kedudukan;
13.
Jangan hancur karena kezaliman;
14.
Jangan goyah karena fitnah;
15.
Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
melebihi kemampuan diri.
16.
Jangan campuri harta dengan harta yang
haram;
17.
Jangan sakiti ayah dan ibu;
18.
Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.
Jangan sakiti anak yatim;
20.
Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.
Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
kecil;
22.
Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.
Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24.
Lakukan shalat fardhu di awal waktu,
berjamaah di masjid;
25.
Biasakan shalat malam;
26.
Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.
Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.
Sayangi dan santuni fakir miskin;
29.
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31.
Cintailah seseorang dengan tidak
berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;
33.
Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34.
Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat
dipenuhi;
35.
Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;
36.
Jangan percaya ramalan manusia;
37.
Jangan terlampau takut miskin;
38.
Hormatilah setiap orang;
39.
Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.
Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.
Berlakulah adil dalam segala urusan;
42.
Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.
Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44.
Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45.
Perbanyak silaturrahim;
46.
Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47.
Bicaralah secukupnya;
48.
Beristeri/bersuami kalau sudah siap
segala-galanya;
49.
Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
waktu;
50.
Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51.
Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52.
Sediakan waktu untuk santai dengan
keluarga;
53.
Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
54.
Hormatilah kepada guru dan ulama;
55.
Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56.
Cintai keluarga Nabi saw;
57.
Jangan terlalu banyak hutang;
58.
Jangan terlampau mudah berjanji;
59.
Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60.
Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak
berguna;
61.
Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62.
Sering bangun di penghujung malam, berdoa
dan beristighfar;
63.
Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
mampu;
64.
Maafkan orang lain yang berbuat salah
kepada kita;
65.
Jangan dendam dan jangan ada keinginan
membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66.
Jangan membenci seseorang karena pahaman
dan pendiriannya;
67.
Jangan benci kepada orang yang membenci
kita;
68.
Berlatih untuk berterus terang dalam
menentukan sesuatu pilihan
69.
Ringankan beban orang lain dan tolonglah
mereka yang mendapatkan kesulitan.
70.
Jangan melukai hati orang lain;
71.
Jangan membiasakan berkata dusta;
72.
Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
73.
Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74.
Laksanakan segala tugas dengan penuh
keikhlasan dan kesungguhan;
75.
Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.
Jangan membuka aib orang lain;
77.
Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari
kita;
78.
Ambilah pelajaran dari pengalaman
orang-orang arif dan bijaksana;
79.
Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
sudah dilakukan;
80.
Jangan sedih karena miskin dan jangan
sombong karena kaya;
81.
Jadilah manusia yang selalu bermanfaat
untuk agama,bangsa dan negara;
82.
Kenali kekurangan diri dan kenali pula
kelebihan orang lain;
83.
Jangan membuat orang lain menderita dan
sengsara;
84.
Berkatalah yang baik-baik atau tidak
berkata apa-apa;
85.
Hargai prestasi dan pemberian orang;
86.
Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;
87.
Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.
88.
Sediakan waktu untuk berolahraga yang
sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri
kita;
89.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
fisikal dan mental kita menjadi terganggu;
90.
Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;
91 .
Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan
orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92.
Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang
dapat menyebabkan orang lain terhina;
93.
Jangan cepat percaya kepada berita jelek
yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94.
Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
95.
Sambutlah huluran tangan setiap orang
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak
berlebihan;
96.
Jangan memforsir diri untuk melakukan
sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97.
Waspadalah akan setiap ujian, cobaan,
godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan
kehidupan;
98.
Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan
melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
melahirkan kerusakan;
99.
Jangan sukses di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang;

10 Tips Bagaimana Menyayangi Seseorang

1.
Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Thursday, November 12, 2009

paper kedua berlalu....

Kertas exam kedua diadakan petang.... memberi peluang untuk stdy disebelah pagi. subjek Agak berat jugak....kalau tak dibaca sebab sejarah..... tak dapat digoreng dengan ramuan yang tak tentu pasal. exam yang memakan masa 2 jam setengah sememangnya melenguhkan tubuh yang hanya duduk dimeja dan berfikir. huhuhu... disamping otak ligat berfikir untuk menyokong hujah-hujah jawapan yang ditulis. melihat orang lain yang terus-menerus menggunakan masa yang tersedia untuk menghasilkan jawapan yang berkualiti aku pun turut sama mengikut jejak. ada jugak yang keluar awal dari dewan ada dua kemungkinan mereka yang keluar awal didewan sama ada diorang dah boring kerana sudah dapat menjawap kesemua jawapan atau diorang tak dapat jawap. hehehhehe sempat berfikir benda lain.... tak baiknya dia. Nasib baik ada pegawai yang menjaga peperiksaan banyak mencuri perhatian aku dan mencuit hati. cara dia memang hebat setiap kali diberi tanggungjawap. Apa-apa pun kita tunggu lah keputusan peperiksaan ni nanti.

Tuesday, November 10, 2009

kereta aku dah pulih.

Setelah beberapa hari berhadapan menggunakan kereta tanpa break yang baik. Akhirnya hari ini break kereta aku kembali pulih sedia kala. banyak juga tragedi ngeri yang berlaku sepanjang maslah kereta aku belum diselesaikan..... antaranya sikit lagi nak langgar kereta viva masa nak klua simpang. huhuhu nasib baik dia berhenti betol-betol depan kereta viva.... jantung bagaikan berdegup kencang.... muka pucat dan berpeluh..... nasib baik selamat pejalanan diteruskan sambil membuat refleksi kendiri bersama rakan-rakan didalam kereta. bak kata pensyarah aku " setiap hari adalah hari belajar untuk kita"

1 paper dah lepas...

Alhamdulillah... 1 paper dah selesai untuk Exam kali ni (EDU). Banyak jugak yang dapat dijawap tak kurang juga rasa was-was dengan jawapan yang telah diberikan. hehehe.... malam sebelumnya belajar banyak sangat sampai tak tahu maklumat mana yang betol diisi untuk soalan yang diberikan masa exam...... bijak-bijak.... Apa-apa pun tawakal je... janji kita dah buat yang terbaik... selamat berjuang untuk paper seterusnya hari khamis ni PSS 3103...... kepada kawan-kawan semoga selamat meniti hari exam yang mendatang esok lusa dan seterusnya... hahahaha

Saturday, November 7, 2009

tekanan....

hari tu kelas kami telah di beri mandat untuk menjadi sebahagian ahli jawatankuasa untuk majlis----------------. Saya telah diberi peluang untuk menjadi MC. Memang kami bersemangat menghias dewan. Memang cantik betul dewan pada hari tersebut. letih memang lah letih tetapi rasanya berbaloi penat lelah kami apabila melihat dewan yang indah penuh dengan warna warni. Namun pada hari berlangsungnya majlis tersebut, kelancaran atur cara terganggu apabila ada segelintir mereka yang tidak bertindak atas kapasiti yang telah diberikan. Sedangkan kami hanya diberi tugas yang telah diberikan. memang tidak boleh masuk campur urusan lain biarpun sebenarnya ianya perlu. kami menganggap apa yang diluar bidang kami telah diuruskan dengan baik. Namun lain cerita sebaliknya. Sememangnya agak sukar menjalankan tugas apabila sifat ingin membantu tidak ditonjolkan. Kepada insan yang telah diberi tugas, itu adalah amanat jalankan dengan baik. jangan seperti melepaskan batuk ditangga. bila dah bertugas jangan asyik membandingkan apa yang kita telah lakukan. buatlah dengan keikhlasan. banyak benda yang kita tahu dari apa yang kita tidak tahu. Cantik luaran bukan jaminan kelancaran sesuatu perkara. Apa yang aku pelajari duduk bermesyuarat penting sebelum menjalankan aktiviti.....

kereta oh kereta

kereta ku... oh keretaku... sedih bila melihat kereta yang kita sayang tercedera...... lebih sedih lagi bila orang lain yang cederakan.... tapi takpelah.... semua itu ujian.... susah nak salahkan sapa-sapa dalam hal macam ni. lainlah kalau diorang mengaku... tapi best jugak bila kita senang dapat tolong orang.... insya-Allah bila kita susah mesti ada juga yang tolong kita. Kadang-kadang apabila kita membuat salah kita janganlah menyembunyikan kesalahan tersebut. Berterus terang bukan membawa kita kepada jalan yang buntu dalam menyelesaikan masalah. Tetapi itu sebenarnya cara terbaik didalam menangani konflik.

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Al-Quran peringkat IPGM kampus Tun Abdul Razak telah diadakan 16 September 2009. Majlis pada malam tersebut meriah dengan kehadiran para hadirin. Ini bukan kali pertama aku ikut serta dalam majlis seperti ini. Pada malam tersebut juga diumumkan pemenang untuk pertandingan Tilawah, hafazan, nanyid, dan tafsir yang telah diadakan seminggu yang lalu. Alhamdulillah pada tahun ini aku masih dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran. Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak dan ayah juga Abg Sahir kerana banyak memberi aku semangat secara tidak langsung. Tidak seperti tahun yang lalu penyertaan peserta untuk pertandingan kali ini amat memberangsangkan. Diharap pada tahun yang akan datang semakin meningkat jumlah peserta yang menyertai pertandingan sebegini.

Saturday, September 12, 2009

Kehidupan untuk aku....

Entah apa yang aku rasa sekarang kadang-kadang perasaan itu sering mengganggu aku. Pawi ini mungkin ini ujian untuk engkau. Tiada siapa yang mahu dikecewakan oleh seseorang lebih-lebih lagi apabila kita sudah menyayangi sidia. Perasaan Cinta boleh pergi tetapi rasa sayang susah untuk dibuang. kenapa begitu sukar untuk dirimu faham semua itu. Mengapa dirimu kadang-kadang hanya mementingkan diri. Tahukah kamu nilai hati seseorang yang telah engkau hancurkan. pernah kau ingin tahu dan selami apa yang aku rasai selama ini. Pengorbanan yang tidak pernah dihargai itulah nilai sebuah kasih sayang. Jangan sesekali lupa bahawa dunia ini bulat untuk dilalui bersama. Segala percaturan didunia ini adalah untuk kamu dan untuk aku. Suatu hari dirimu akan faham mengapa dia sanggup dihina semata2 kerana kamu. Suatu hari kamu akan tahu mengapa perasaan marah itu yang dia pilih.

Monday, August 31, 2009

Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Saturday, August 8, 2009

kemalangan semasa persembahan...

Selepas buat persembahan

aku dan kawan ku (aboi) diberi penghormatan untuk membuat persembahan bersempena majlis malam bakat pelajar junior. best jugaklah malam tu... errrrrrrrr. Ada perkara yang melucukan semasa tengah buat persembahan. Aboi tersalah masuk key..... biasalah bila neves yang melampau..... yang paling peliknya aku sempat mengajar dan berbisik dengan dia...kat atas pentas yang dia salah key..... dan yang paling hairannya dia tak sedar suara dia tak masuk kod...... hehehhe.... tp selepas tu semuanya ok... biarpun suara aku juga ada yang tersangkut ditengah jalan.... sejuk sangat sampai kering tekak. tambahan pula serangan migrain... tapi apa pun sokongan kawan-kawan dekat bawah membuatkan kami bersemangat untuk menyanyi.... biarpun diawalnya agak mengecewakan diorang....... terima kasih juga kat rec, gideon, alen.... band yang mengiringi kami pada malam itu....

Tuesday, August 4, 2009

Wanita Mesti Baca


1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.
Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Monday, July 27, 2009

Jalan-jalan dihujung minggu Sematan

bersihnya pantai Abng Amin


anak sapa nea enta??????


usaha tangga kejayaan, berjaya jugak naik biarpun berkasut.....


kali pertama menjejakkan kaki di sematan


Friday, July 24, 2009

Amani


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Wednesday, July 8, 2009

Terima kasih sahabatku


Aku hampir tiga hari rehat dibilik kerana demam. Memang boring jugak tak dapat ikut latihan drama, tidak dapat jalan-jalan bersama-rakan. Tapi aku tahu inilah masa rehat untuk ku. Sepanjang aku berada dibilik banyak benda yang aku fikirkan selain menelaah berita harian online. Sahabat sejati adalah sahabat yang akan sentiasa bersama kita suka dan duka. Bukan senang nak cari sahabat sejati. Aku sebenarnya rasa terharu kerana aku memiliki sahabat yang aku rasa benar-benar dekat dihati. Semasa aku demam ni diorang bersusah payah balik kampung semata-mata untuk ambil buah kelapa untuk aku. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa mereka. Terima kasih sahabat ku........ ingatlah kalu kita nak melihat keikhlasan seseorang lihatlah siapa yang bersama kita ketika ditimpa musibah.

Monday, July 6, 2009

Aku masih disini


Kadang-kadang aku merasakan masa bergerak begitu pantas. Sehinggakan banyak perkara yang telah berlaku tanpa kita sedari. Aku tiba-tiba teringat disaat aku masih dibangku sekolah dulu, masa tu kami sekelas telah diberi tugasan oleh cikgu kami untuk mencipta sebuah sajak. Masa tu ilmu bahasa aku taklah sehebat mana. Takut juga masa sajak tu nak dideklamasikan oleh kawanku. Takut kena kritik. Biasalah kita kan masih pelajar lagi, mesti banyak benda yang kurang sana sini. Aku tak sangka kritikan yang aku fikirkan pujian yang aku terima. Seronok juga masa tu, kena puji cikgu biasalah siapa yang tak suka kena puji.

Tapi bukan pujian yang aku maksudkan. Biarpun masih dibangku sekolah, aku dapat mengukir sebuah sajak yang sebenarnya aku sendiri tak sangka aku mampu coretkan. Sajak tu aku ilhamkan dari apa yang aku nampak, dan apa yang aku rasa setiap hari, kadang-kadang kita tidak dapat menegur sahabat-sahabat kita dengan hanya memberi nasihat. Aku berharap sajak "Aku Masih Disini" masih melekat diingatan sahabat-sahabat sekolah ku dulu.

Bukan perihal sajak itu yang aku nak ceritakan. Apa yang aku cuba tempiaskan diminda sahabat-sahabatku pada masa itu sebenarnya banyak berlaku sekarang. Aku merasakan banyak kehidupan kita(aku) yang telah dimatikan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Entahlah kadang-kadang aku betul-betul terkejut melihat rakan-rakan sekolah aku dulu yang pendiam dikelas kini menjadi insan yang aku sendiri tidak kenal. Aku juga terkejut melihat sahabat aku yang dulu yang nampak istiqamah didalam melakukan kebaikan sekarang tidak lagi menjaga batas kehidupan duniawi yang sementara ini. Apakah silapnya??

ya benar, aku mungkin bukan insan yang sempurna untuk berbicara semua ini,
ya juga benar, aku hanyalah insan kerdil yang juga merenjiskan banyak dosa dihati.
Tapi aku percaya dan yakin setiap kita diberi peluang untuk berubah, ambillah ia sebaiknya berilah peluang untuk diri berubah..............

Tuesday, June 30, 2009


Hampir 2 minggu aku berada di institut... memang bz yang teramat sangat... itulah lumrah hidup kadang-kadang kita diberi kelapangan dan adakalanya kita akan diberi kesempitan masa. Apa yang penting pandai-pandailah mengatur urusan kehidupan dengan cekap dan baik. Aku sebenarnya masih inginkan waktu untuk berehat dikampung. Aku lebih suka akan suasana disana dengan pasir pantai yang memutih. Aku sering menunggang moto pergi kepantai melihat matahari terbenam, sambil memandang gelagat orang disekelilingku. Masing-masing punya tujuan sendiri. tapi masa untuk ku berehat dah tamat seminggu yang lalu. hemmm esok dan seterusnya aku akan bersama dengan team teater berlatih bagi mengejar sebuah impian kemenangan. Biarpun memenatkan, inSya-Allah keringat itu akan diganti dengan seribu pengalaman. team produksi kali ini tidak dibantu oleh orang kuat teater tetapi semua itu tidak akan mematahkan semangat kami untuk berjaya. DOA kan kami untuk berjaya.

Saturday, June 20, 2009

kembali.....


esok aku akan kembali ke Institut,,, perjuangan mesti diteruskan....

Friday, June 19, 2009

Majlis akad nilkah..... Abng Zus Bersama Kak Ju

bermulanye Paksi sebuah Mahligai

Hampir 2 tahun hubungan kak ju ngan abng Zus berstatus tunang.... tanggal 5 Jun 2009 mereka telah selamat diijap kabulkan... majlis pada hari itu berjalan seperti apa yang telah dirancangkan... aku jadi guru gambar... hehehe. Bukan tugas yang mudah... kadang2 terpaksa berdiri dihadapan orang tua2..... takut jugak... tp demi untuk mendapatkan gambr dari sudut yang cantik kene minta izin...... hehehe apa-apa pun diharap penyatuan diantara hati Kak Ju ngan Abng zus berkekalan hendaknya......... dapat lahirkan zuriat yang soleh dan solehah......

mesti tengah neves gile masa ni..... :)

Wednesday, June 17, 2009

Pelayaran Ke Oya

Tersunggur di surau setelah berjaya mengharungi jalan-jalan berliku hehehe....



amboi lajunye nak memotong...... mentang2 kite kecik je...


huh.... dipendekkan cerita.... untuk sampai ke Oya memang menguji tahap kepenatan.. mana tidaknya aku terpaksa duduk didalam kete selama 2 jam dijalan yang teruk dengan lubang2 yang besar.... kadang2 lubang tu dah jadi mcm parit kat jalan raya.hemmm mana tidaknya ditengah2 jalan, lubang tu melintang memanjang nak tak nak kete abng saya terpaksa redah je lubang tu... hehehhe mesti dia takut juga kete dia rosak hehheehehe... dlm kete tu ape lg kazen2 saya merungut2....dengan jalan raya teruk.... ditambah lg dengan debu yang mengaburi pemandangan.... dengan lori2 besar yang mengangkut kelapa sawit lg..... begitu mengerikan... lebih ngeri dari cerite takyah pandang blakang..hehehe... bukan pe lori2 besar tu memng taknak mengalah...die relex2 je redah lubang tu.... yang akhirnya menghamburkan debu-debu putih,,,,, kdng2 sakit hati jugak tengok lori2 tu.... tp Alhamdulillah.... kami tiba dikampung Oya dengan selamatnya...... mak dan ayah dah sampai awal dah kat kampung tu sama ngn Abng Zus... kalu dari kampung aku... hampir 6 jam baru sampai di Oya termasuk 2 jam mengharungi jalan ladang... penat memang penat.... orng ramai panggil jalan tu jalan ladang... sebab kat tepi2 tu semuanya ladang kelapa sawit..... kami mesti sampai di Oya sebelum tengah hari sebab petangnya Abg Zus nak bersiap untuk majlis akad nikah...

Tuesday, May 19, 2009

Tauhid Rahsia Kebahagiaan Dunia dan Akhirat


Penulis: Ustadz Abu Hamzah Yusuf
Aqidah,

Siapa yang tidak menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, kita semua tentu menginginkannya. Hanya yang perlu untuk kita pertanyakan bagaimana cara untuk meraih keduanya. Sementara, kita yakini bersama bahwa Islam adalah agama yang ajarannya universal (menyeluruh). Islam satu-satunya agama yang mendapatkan legitimasi (pengakuan) dari Sang Pemiliknya Jalla Sya’nuhu.

Islam adalah agama yang rahmatan lil alamiin. Tidak didapatkan satu ajaranpun dalam Islam yang merugikan para pemeluknya, tidak ditemukan satu prinsippun dalam Islam yang mencelakakan para penganutnya. Tetapi pada kenyataannya banyak kalangan yang hanya menitikberatkan perhatiannya pada dunia dan bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Padahal Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya, “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridloannya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al Hadid: 20).

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka telah usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS Huud: 15-16).
Para pembaca -yang semoga dirahmati Allah-, petunjuk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah sebaik-baik petunjuk. Siapa yang mengambilnya ia akan bahagia dan yang meninggalkannya akan celaka. Allah berfirman, “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih.” (QS An Nuur: 63).

Terbukti generasi yang bersamanya, yakni generasi para sahabat meraih gelar terbaik umat ini, karena mereka mengambil petunjuknya. Itulah mereka para sahabat yang telah berhasil meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagaimana tidak, sedang mereka mendapatkan bimbingan tauhid selama kurang lebih 13 tahun hingga akhirnya mereka memiliki landasan yang kokoh dalam kehidupannya.

Oleh karena itu, tauhid itulah sebagai landasan yang menghantarkan seseorang kepada kebahagiaan yang sebenarnya. Sebab mentauhidkan Allah adalah tujuan diciptakannya manusia. Allah berfirman, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (QS Adz Dzariyaat: 56). Ibnu Katsir berkata: makna “ya’buduun” dalam ayat ini adalah “yuwahhiduun” (mentauhidkan Allah). Al Imam Al Baghowi menyebutkan dalam tafsirnya bahwa Ibnu Abbas RA mengatakan: “Setiap perintah beribadah dalam Al Qur’an maka maknanya adalah tauhid.”

Para pembaca -yang semoga dirahmati Allah-, bagaimana tidak dikatakan bahwa tauhid sebagai landasan yang akan menghantarkan seseorang kepada kebahagiaan dunia dan akhirat, sedangkan Allah meridloi ahli tauhid. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Sesungguhnya Allah meridloi kalian tiga perkara: kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, berpegang teguh dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai berai, dan memberikan nasihat kepada orang yang Allah jadikan pemimpin atas urusan-urusan kalian.” (HR Muslim dari Abu Hurairoh).

Itulah tauhid, tauhid adalah sebagai jalan untuk mendapatkan dua kebahagiaan tersebut, sebab dengan menegakkan tauhid berarti menegakkan keadilan yang paling adil. Sementara tujuan Allah mengutus rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya adalah supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Allah berfirman, “Sesungguhnya kami telah mengutus rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyatam dan telah kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.” (QS Al Hadiid: 25).

Tauhid sebagai landasan meraih kebahagiaan dunia dan akhirat karena keamanan serta petunjuk di dunia dan akhirat hanya akan dicapai oleh para ahli tauhid. Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezhaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS Al An’aam: 82). Berkata Ibnu Katsir pada ayat ini: “Yaitu mereka yang memurnikan ibadahnya untuk Allah saja dan tidak berbuat kesyirikan dengan sesuatu apapun, mereka mendapatkan keamanan pada hari kiamat dan petunjuk di dunia dan akhirat.”

Jadi memang tauhidlah yang akan menghantarkan kepada kebahagiaan yang hakiki. Karena khilafah di muka bumi serta kehidupan yang damai, aman, dan sentosa berbangsa dan benegara hanya akan diraih melalui tauhid. Allah berfirman, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang sholih, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi. Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridloinya untuk mereka. Dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, semula mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS An Nuur: 55).

Para pembaca -yang semoga dirahmati Allah-, ahli tauhid mereka orang-orang yang akan mendapatkan jaminan surga dari Allah. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa yang bertemu Allah dalam keadaan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, ia akan masuk surga. Dan barangsiapa yang bertemu dengan-Nya dalam keadaan menyekutukan-Nya, ia akan masuk neraka.” (HR Muslim dari Jabir bin Abdillah). Ahli tauhid mereka orang-orang yang akan berbahagia dengan syafa’atnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam. Abu Hurairoh bertanya kepada Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam, “Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafa’atmu?” Beliau menjawab, “Orang yang mengatakan ‘laa ilaaha illallah’ ikhlas dari lubuk hatinya.” (HR Bukhori dari Abi Hurairoh).

Ahli tauhid mereka orang-orang yang terjaga dan terpelihara darah dan hartanya. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak untuk diibadahi secara benar kecuali Allah dan bahwa Muhammad itu utusan Allah, menegakkan sholat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukannya, mereka terjaga dariku darahnya dan hartanya kecuali dengan hak-hak Islam, dan perhitungannya atas Allah.” (HR Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar).

Demikianlah para pembaca -kaum muslimin- tauhid adalah rahasia kebahagiaan dunia dan akhirat, karena yang pertama kali diwajibkan atas seorang hamba adalah tauhid. Allah berfirman, “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya bahwasanya tidak ada Ilah yang hak melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” (QS Al Anbiyaa: 25).

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam berkata kepada sahabat Muadz bin Jabal RA ketika beliau mengutusnya ke negeri Yaman, “Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum dari Ahli Kitab. Jika Engkau mendatanginya maka serukanlah kepada mereka supaya mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah -yang berhak untuk diibadahi- kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah…” (HR Bukhori Muslim dari Ibnu Abbas RA).

Imam Al Hafizh Al Hakami mengatakan, “Kewajiban pertama atas hamba, mengenal Ar Rahmaan (Allah) dengan tauhid.” Dan tauhid juga yang menjadi kewajiban terakhir atas seorang hamba, ketika menjelang kematiannya Abu Tholib, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam datang menemuinya dan berkata, “Wahai paman, ucapkanlah ‘laa ilaaha illallah’, kalimat yang menjadi hujjah untukmu di sisi Allah…” (HR Bukhori Muslim dari Sa’id ibnul Musayyab dari bapaknya (Musayyab)).

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam juga bersabda, “Barangsiapa yang akhir ucapannya ‘laa ilaaha illallah’, ia akan masuk surga.” Semoga Allah memberikan taufiq kepada yang dicintai dan diridloinya. Amin ya Mujibas sailiin.

Monday, May 18, 2009

BENGKEL ASAS TEATER DAN PENULISAN SKRIP

Kami berjaya!!

Barisan pelakon "Penyapu Lidi"

Diberi Peluang untuk berucap sebagai wakil perserta bengkel hehehhe

Makanan disediakan...... sedap!!

Juru solek yang pakar

kewibawaan fasilitator bahagian teater


ILMU TIDAK AKAN TERHENTI, ANDAI KITA TERUS MENCARI
ILMU PASTI MENINGGI ANDAI USAHA MASIH BERSEMI

Thursday, May 14, 2009

Pelayaran di Kursus Kepimpinan JPP Zon Sarawak

Pelayaran ku di Kursus Kepimpinan JPP Zon Sarawak memberi sejuta makna dan pengalaman buat ku. Setiap titis Ilmu yang aku perolehi sepanjang aku berada di EASWOOD VALLEY GOLF AND COUNTRY CLUB akan melampiaskan kekuatan, perjalanan hidup ku sebagai anggota pemimpin di Institut.
Sukaneka Bersama Penduduk Kampung Selanyau


Bersama YDP


Bersama Sahabat dari IPBL


Sahabat Perjuangan

Wednesday, May 6, 2009

lirik (lestarikan Cinta)

Terlerai sudah kata hatiku

Membawa siulan kalbuku ini

Kata tersurat biar menyatu

Menuju kebahgiaan

Hati bertemu menyinar cinta

Indahnya kalung nikmat

Cerita mesra mejalin ikatan

Menyuluh lorong yang suram

Lestarikan cintamu teman

Pada rindumu yang kau sayang

Akan ku pertahankan kasih

Janji yang telah terbina oh sayang

Telah kita gelintar bersama

Mencari destinasi cinta

Biarpun halangan diredah

Redha yang esa kekal berdiri


LAGU INI TELAH TELAH AKU IILHAMKAN SEMASA ULANG TAHUN AKU YANG LALU. TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT AKU JACK YANG BANYAK MEMBANTU MENYIAPKAN LAGU INI........ :-)

Friday, May 1, 2009

Setelah kesulitan ada kemudahan

Wahai manusia setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, seteah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan ada terang benderang.

.......mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya) atau sesuatu keputusan dari sisinya....... ( Al-Ma'idah: 52)

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah; kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa; pertolongan akan datang secepat kilat cahaya dan kerdipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.

Saat anda melihat hamparan sahara yang seolah mamanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus.

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka 'jendela' yang mengalir.....

......kesejukan dan keselamatan....... ( Al-Anbiya: 69)

Maka dari itu, janganlah kita merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan Sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meskipun demikian, yang ghaib akan tetap bersembunyi, dan sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatnya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

Tuesday, April 28, 2009

SBE DI SK ABANG LEMAN KABONG

Suasana semasa perhimpunan sekolah


Pasukan bola sepak SK Abang Leman Kabong


Ngah uji budak


Hari pertama


Aku SBE di SK Abang Leman Kabong, pengalaman selama seminggu di sana banyak mengajar aku erti perjuangan seorang guru. Banyak aktiviti yang aku sempat ikut semasa berada di SK Abang Leman, salah satu darinya adalah menjadi urus setia pertandingan bola sepak. pertandingan yang memakan masa satu hari itu sudah cukup menggambarkan kehidupan sebenar warga sekolah yang bakal dirasai aku pada masa akan datang. Aku juga berkesempatan untuk masuk mengajar di beberapa kelas. Perasaan takut dan gementar sememangnya meresap dijiwa pada masa itu. Namun panggilan cikgu yang singgah ditelinga ku, merungkai semua perasaaan itu menjadi sebuah semangat yang aku tidak pernah rasa selama ini. Hari terakhir aku berada disekolah tersebut membuat hati kecil ku mengangis sedih. Aku akan kembali nanti!

Pelayaran di KAGUM 2009

Ukhwah yang terbina


ehem...


Bersama kawan-kawan


Kenangan terindah....

Penyertaan pertama kali aku dalam KAGUM memberi sejuta pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan. Biarpun sekadar mendapat tempat ketiga didalam pertandingan nyanyian solo. Tetapi aku sudah cukup bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dalam mengharumkan nama IPGM TAR. Pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan akan terus tersemat didalam diri menjadi permata yang indah. Jangan mudah putus asa apabila kita mempunyai peluang untuk memperbaikinya.......


Publish Post

Friday, April 17, 2009

kenangan bersama saudara ku IP Keningau Sabah





Sesi bergambar selepas makan malam

Tuesday, February 3, 2009

Pejalanan


Keperitan berhadapan dengan situasi genting, sememangnya memenatkan. tetapi kepenatan itu akan diganti dengan hembusan pengalaman. Ia mungkin memberi erti atau sekadar singgah sebagai mimpi ngeri. Hanya hati yang bertunjangkan akal yang boleh mentafsir segala yang tersirat. ketibaan tahun baru tepat 12 tengah malam 31 disember yang lalu mungkin menjadi salah satu peluang kita untuk mengubah diri dan menilai adakah kita masih lagi berada dipelayaran yang sama atau kita telah mengubah haluan jalan hidup kita. Mengertilah peluang dan kesempatan yang mendatang memerlukan kebijaksanaan untuk menggerakkan langkah meneroka dunia dan mengambil sebanyak mungkin pengalaman yang pastinya mengajar kita erti sebuah kehidupan.