Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 3, 2012

Tips Untuk Guru Baru (Guru Pelatih)


Kerjaya seorang guru merupakan kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Tugas dan peranan yang mendidik anak bangsa sehingga berjaya merupakan tugas yang amat berat untuk dipikul oleh seorang guru. Ibubapa sendiri sering menyalahkan guru sekiranya anaknya tidak berjaya dan kadang-kadang terdengar kes ibubapa menyaman guru kerana menghukum anaknya yang telah melakukan kesilapan. Saya sendiri pernah terfikir kadang-kadang ibubapa sendiri pun hilang sabar melayan karenah anak-anak dirumah. Inikan pula guru yang menjaga lebih daripada 20 orang murid yang berbeza personaliti. Saya sendiri pernah mengajar 40 orang murid satu kelas.

Inilah tugas guru, perlu sabar dan teguh dalam mendidik anak bangsa. Kita tidak perlu mengeluh dalam menyusuri pahit manis tugas kerana setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain apabila kita gagal dalam menyempurnakan sesuatu tugasan. Kita perlu salahnka diri sendiri kerana diri kita sendiri sahaja tahu kesilapan kita yang sebenar. Namun yang menjadi permasalahan ialah manusia jarang untuk menilai diri sendiri. Kesilapan orang diselidiki sehingga ke lubang cacing begitulah sebaliknya apabila ia melibatkan kesilapan diri sendiri.

Panjang sungguh pengenalan yang terlukir apa yang saya nak kongsikan ialah bagaimana untuk menjadi guru yang dihormati, disegani dan bukannya ditakuti didalam kelas.Takut dan hormat merupakan 2 perkara yang berbeza dalam dunia pengajaran guru didalam kelas.

1. Ali takut dengan Cikgu Zamri kerana sifat garang gurunya itu.
2. Ali menghormati Cikgu Zamri kerana sifat tegasnya dalam disiplin kelas.

Sebagai seorang insan yang hebat dalam berfikir kita mesti tahu guru yang mana satu yang kita inginkan. Murid yang takut dengan guru yang garang tidak semestinya akan menghormati guru tersebut. Murid yang menghormati guru sudah semestinya akan takut untuk membuat kesilapan dan kesalahan yang boleh mengecewakan guru tersebut. 2 situasi berbeza renung-renungkan.

Tugas pertama seorang guru apabila kali pertama masuk kelas ialah:
1. Jangan sesekali menonjolkan diri kita mudah dipermainkan oleh murid-murid.
2. letakkan syarat-syarat dan peraturan sebaik sahaja kita masuk kedalam kelas.
3. Cari minat dan cuba fahami setiap murid yang berada di dalam kelas.
4. Kenal pasti murid yang bermasalah di dalam kelas.
5. letakkan imej tegas didalam diri. (kekalkan prinsip tegas dan lembut)
6. Beri senyuman bila diperlukan sahaja.

Bila sudah lama mengajar barulah kita menunjukkan sikap sebenar kita namun sikap tegas terhadap disiplin sentiasa ada untuk mendidik murid-murid. Jangan sesekali ditinggalkan.


* Tips ini sesuai untuk digunakan oleh guru baru terutamanya guru pelatih yang baru nak berpraktikum. Ini kerana guru baru kadang-kadang masih belum memiliki aura seorang guru yang disegani. Kita sendiri yang perlu bina imej itu di hadapan murid. :) Walaupun pengalaman hanya sedikit namun besar harapan tips ini membantu insan yang memerlukan nasihat. :)

No comments:

Post a Comment