Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 18, 2011

Pelajar Sekolah Kelar bayi sendiri kerana kekasih

Kejam dan sungguh tidak berperikemanusiaan itulah ungkapan yang boleh digambarkan terhadap seorang pelajar 16 tahun di Betong yang  mengelar bayi yang dilahirkannya hanya kerana kekasihnya tidak mahu menerima bayi tersebut. Sungguh dasyat tindakan pelajar tersebut yang akhirnya membawa kematian kepada bayi yang tidak bersalah itu.



 
Kesan kelar

Penulis berharap setiap individu yang terlibat akan di hadap kemuka pengadilan dan dihukum  dengan sewajarnya. Akal perlu mengawasi setiap tindakan yang hanya tunduk kepada emosi semata.

Sunday, October 16, 2011

( Kampung Kabong)Main Ngongan Tapok


Sebelum penulis menceritakan dengan terperinci cara main ngongan tapok lebih elok kiranya terlebih dahulu penulis menceritakan apakan maksud frasa " Main Ngongan Tapok" satu persatu bagi memudahkan kita memahami. Main merupakan salah satu kata kerja yang merujuk kepada tindakan untuk melakukan sesuatu aktiviti atau permainan tertentu. Ia merujuk kepada Individu yang bersama secara langsung dalam satu permainan tertentu. Rasanya semua sudah mengetahuinya. Ngongan pula merupakan salah satu perkataan yang berasal dari bahasa Melayu sarawak(kabong) yang merujuk kepada permainan. Maknanya ngongan sinonim bagi perkataan permainan. Tapok pula juga merupakan bahasa Melayu Sarawak (Kabong) yang bermaksud sembunyi atau sorok. Kesimpulannya frasa "Main Ngongan Tapok" bolehlah disama ertikan sebagai main permainan sembunyi-sembunyi atau sorok-sorok. Permainan ini sememangnya tidak jauh beza dengan permainan sembunyi-sembunyi yang polular dikampung lain, mungkin hanya dibezakan dengan peraturan permainan sahaja.

Mari kita perincikan cara permainan ini dimainkan di Kampung Kabong.  

  1. Permainan ini boleh melibatkan banyak individu dalam satu-satu permainan.
  2. Pemilihan tapak permainan tiada tiada hadnya kerana ia boleh dimainkan sama ada didalam rumah mahupun diluar kawasan rumah mengikut persetujuan.
  3. Apabila peserta permainan ini telah dipilih maka mereka diwajibkan untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi hantu atau pencari. Biasanya salah seorang akan dipilih berdasarkan persetujuan bersama.
  4. Permainan dimulakan apabila pencari menutup mata pada arah tiang atau dinding yang sesuai dan mula mengira. 
  5. Semua peserta permainan akan mencari tempat persembunyian masing-masing mengikut sempadan yang telah dipersetujui.
  6. Apabila pengiraan tamat pencari akan mula menggeledah dan menangkap siapa sahaja yang sudah dikesan tempat persembunyian.
  7. Pencari mestilah berlari ketempat tiang atau dinding dan mestilah menyebut nama peserta dan tempat persembunyian peserta yang sudah dikesan.
  8. Pencari juga perlu menyentuh dinding atau tiang pengiraan bagi memastikan peserta tidak boleh menyelamatkan diri.
  9. Peserta yang terakhir yang masih belum dikesan boleh menyelamatkan semua peserta tadi dengan syarat peserta tersebut berjaya berlari mendahului pencari untuk menyentuh tiang.
  10. Sekirannya peserta terakhir berjaya menyentuh tiang maka peserta pencari tadi sekali lagi akan menjadi hantu atau pencari.
  11. namun sekiranya pencari berjaya menangkap peserta terakhir dengan menyentuh tiang dan menyebut nama, maka peserta pertama ditangkap tadi pula akan menjadi pencari atau hantu.
  12. Permainan ini cukup mencabar sekiranya ia dilakukan ditempat yang cukup luas kawasannya   
Penulis berharap main ngongan tapok ini akan terus bersemadi dijiwa penduduk Kampung Kabong kerana ia merupakan warisan yang perlu dikekalkan bersama. Seandainya ia tidak dijaga makan ia akan lenyap bersama dengan peredaran masa yang terus rancak berlalu.

                                                                                           Pencinta Kampung Kabong-Sepawi(boy)

Friday, October 14, 2011

11 Cara untuk Mengetahui Sidia Menyayangi Kita


1. Sentiasa berkira untuk meminta pertolongan kita kerana takut kita sibuk dengan kerja.
 Sidia yang menyayangi kita akan sentiasa berusaha untuk tidak menyusahkan kita. Namun harus diingat peranan kita juga penting kerana kita perlu sentiasa kesan sekiranya mereka memerlukan pertolongan. Tanpa segan silu kita perlu memberitahu " Saya akan membantu" baru dia hormat kita. :)

2. Tidak pernah berkira sekiranya kita meminta pertolongan daripadanya.
Berlainan pula apabila kita meminta pertolongan mereka. Kadang-kadang lelaki ambil mudah perkara ini, harus diingat kemampuan Si dia ada hadnya. Pertolongan yang kita minta itu  biarlah berpada-pada ,jangan sampai kita dikata ambil kesempatan. Hubungan ini akan berakhir dengan kisah ungkit mengungkit nanti. Waspadalah semasa meminta pertolongan. Jangan nak ingat senang sahaja. Kalu Si dia tidak berkira maknanya dia memang ikhlas menyayangi kita.
3. Cenderung untuk meminggirkan kepentingan diri demi untuk kita.
kadang-kadang pasangan kita sibuk dengan tugasan yang diberikan, apabila kita berhadapan dengan masalah yang teruk, Sidia akan sentiasa memastikan mereka sentiasa bersama kita. Tidak kiralah kita meluahkan perasaan marah dalam mesej esei panjang sehingga 1000-2000 patah perkataan sekalipun. Mereka sedia membacanya dalam "hphone" mereka, biarpun bahasanya sukar difahami.:)

4. Rela berkorban untuk membuatkan kita tersenyum.
Pasangan yang betul-betul menjaga hubungan, mereka akan sentiasa berusaha membuat kita tersenyum. walaupun kadang-kadang mereka merasakan lawak yang mereka buat menyebabkan kita tidak akan ketawa, tetapi mereka buat juga sebab mereka akan tahu kita akan ketawa sebab tiada unsur lawak dekat situ. Jadi peranan kita ketawa sahajalah, mesti jaga hati.

5. Bersedia mendengar cerita dari kita biarpun cerita itu membosankan.
Inilah perkara yang sering berlaku, kita punyalah syok bercerita sambil ketawa tidak sudah-sudah. Tapi sebenar kisah tersebut bukan genre yang si dia minati. kita ini pun satu juga carilah cerita yang mereka suka. bersesuaian tdaklah mereka berasa bosan. Tetapi kalau sayang semuanya baik punya.

6. Tidak lupa hari-hari penting dalam perhubungan.
perkara ini lelaki memang masalah sikit, sebab sibuk dengan kerja kononnya. kalau Sidia menyayangi kita jaranglah dia nak lupa tarikh-tarikh penting hubungan mereka. Lelaki bahaya sikit "brthday" sidia pun boleh lupa. Sibuklah kononnya penyebab.

8. Antara insan terawal yang risau apabila kita ditimpa kemalangan.
Ini sememangnya perasaaan yang harus ada pada setiap insan yang ada rasa sayang didalam diri. Sidialah yang dahulu risau dari orang lain meskipun kemalangan itu melibatkan kemalangan kecil. kalau sidia tunjukkan sikap sebegitu ada maknanya mereka menyayangi hubungan.
9. Sentiasa mencari kelebihan kita daripada mencari keburukan.
Bab ini pun baik untuk dibincangkan. Apa pendapat kamu seandainya setiap kali berjumpa sidia akan menyenaraikan semua keburukan yang kita telah lakukan sebelum ini.? Alamak, mesti rasa menyampahkan macamlah tiada kebaikan yang kita lakukan sebelum ini. kalau dia sayang, dia akan berpada-pada menegur kita, menegur biar bertempat. Tiada individu yang sempurna tetapi kita mesti mencari kesempurnaan itu. Tetapi tengok diri kita juga, kalau memang sikap kita buruk memanjang siapa yang nak tahan. contohnya tidur sehari boleh mencecah angka 10 jam sehari belum termasuk tidur malam lagi. Haiya....  Pandai-pandailah memikirkannya sendiri.

10. Bersedia memberi nasihat apabila diperlukan walaupun bukan kepakaran.
Ini juga perkara penting yang harus dimiliki kepada insan yang menyayangi kita, bersedia menjadi pakar nasihat apa-apa juga masalah yang timbul. walaupun bukan kepakaran mereka. contohnya pasal moto rosak. terima sahajalah nasihat mereka walaupun nasihat sidia hanya menyatakan bawa bengkel yang mereka tahu. tetapi nasihat jugalah kan? 

11. Sidia sentiasa menjaga diri.
Sidia sentiasa berusaha untuk menjaga diri mereka untuk kita dan agamanya, sentiasa cantik, menjaga kelakuan dan  yang lebih peting, ia semata-mata untuk mendapat keredhaan Yang Esa. Jangan terbalik pula lelaki pula yang lebih-lebih inginkan perempuan yang seksi, sampai tidak tidur malam bila memikirkannya ish3 renung-renungkan. Mesti ubah niat. :). kalau dia sayangkan kita sidia akan jaga diri untuk kehidupannya dan untuk kita. Tidak perlu dipaksa.

Monday, October 10, 2011

Guru Oh Guru

Situasi 1: Kejadian di sebuah Hospital Umum.
  
Cikgu A telah pergi ke wad kecemasan kerana mengalami masalah kesihatan. Sementara menunggu giliran untuk dipanggil tiba-tiba matanya terarah kepada dua orang lelaki yang sedang berbincang sesuatu. Berdasarkan kepada gerak-geri dan pakaian yang digunakan, kemungkinan besar mereka merupakan doktor yang bertugas pada malam tersebut. Cikgu A  kemudiannya memerhati salah seorang daripada mereka yang betul-betul berdiri mengadap Cikgu A yang seakan-akan seperti anak muridnya yang pernah diajarnya dulu. Cikgu A mengambil keputusan untuk bangun dan mendekati mereka dengan lebih rapat. Mata Cikgu A memang tidak silap doktor tersebut merupakan bekas pelajarnya. Namun kehadiran Cikgu A tidak diendahkan oleh doktor tersebut. Rupa-rupanya doktor tersebut merupakan bekas pelajar yang pernah mendapat keputusan cemerlang di sebuah sekolah yang pernah diajarnya suatu masa dahulu. Cikgu A kembali ketempat duduknya dan setia menunggu giliran dipanggil untuk diperiksa.


Situasi 2: Kejadian Dalam sebuah kapal terbang.

Kapal terbang sudah berjaya berangkat dari lapangan terbang seperti biasa pramugari akan melayan semua penumpang untuk keselesaan. Cikgu B duduk seperti biasa didalam kapal terbang tersebut. Tiba-tiba seorang pramugari tanpa disuruh menghantar selimut kepada Cikgu A. 

Cikgu B         : Ini barang yang awak minta ke?
Penumpang  : Bukanlah, saya tak minta pun.

Cikgu B berasa hairan dan membiarkan selimut tersebut disitu kerana takut selimut tersebut bukan miliknya. selang beberapa minit kemudian pramugari tersebut memberinya kacang dan sekali lagi Cikgu B berasa hairan.

Cikgu B         : Ini makanan yang awak minta ke?
Penumpang  : bukanlah, saya tak minta pun.

Kejadian tersebut membuatkan hati Cikgu B semakin kehairanan dan sekali lagi Cikgu B membiarkan makanan yang telah diberikan oleh pramugari itu tadi. Selang beberapa minit kemudian pramugari itu datang sekali lagi dan memberikan sesuatu sekali lagi. Namun kali ini...

Pramugari   : Cikgu tidak ingat saya lagi? saya ini bekas pelajar cikgu dahulu.

Persoalan yang bermain diminda Cikgu B terjawab. Setelah diteliti barulah Cikgu B tahu pramugari itu merupakan bekas pelajarnya dulu, Cikgu B berbangga kerana memiliki pelajar yang sudah ada kerjayanya sendiri biarpun dahulu pelajarnya ini hanya mendapat keputusan yang sederhana dalam kelas.



Situasi 3 : Kejadian di kedai makan.

Setelah penat berjalan Cikgu C mengambil keputusan untuk berhenti minum sebuah kedai yang berhampiran. Belum sempat untuk Cikgu C untuk duduk. Tiba-tiba dia terdengar suara orang yang memanggil dengan kuat sekali dari jauh. Usia Cikgu C yang sudah lanjut menyebabkan Cikgu C tidak nampak dengan jelas wajah individu yang memanggil itu.

Individu : Cikgu!! Cikgu!! Cikgu!!

individu terbabit terus mendekati Cikgu C dan tanpa segan pilu memberi salam dan memeluk cikgu dengan penuh rasa kegembiraan.

Individu              : Assalamualaikum cikgu.
Cikgu C             : wa'alaikumussalam
Individu              : cikgu tidak ingat saya lagi, ala bekas anak murid cikgu yang selalu ken marah kerana               tidak          siapkan   kerja rumah. hehehehe
Cikgu C akhirnya ingat tentang pelajarnya ini. Pelajarnya ini merupakan pelajar yang sangat nakal suatu masa dahulu. Cikgu C sangat berbangga biarpun pernah dihukum oleh cikgu C namun tiada satu pun yang disimpannya didalam hati.

* Cerita ini memberi ruang untuk kita berfikir tentang sesuatu. Apa silapnya?




Sunday, October 9, 2011

Dilema guru



Pengorbanan seorang guru sememangnya amat diperlukan dalam pembangunan masa kini. tanggunjawab dan amanah yang semakin berat sebagai arkitek manusia sememangnya agak memenatkan seandainya gagal maka pembinaan moral individu tersebut pasti akan memusnahkan negara pada masa akan datang dan ketemadunan manusia suatu hari nanti. Inilah matlamat dan tanggunjawab yang paling besar buat insan yang bergelar seorang guru. Adakah anda sanggup untuk dipersalahkan oleh generasi muda akan datang kerana lalainya seorang guru mendidik anak bangsa.? Sudah pastinya guru akan menyatakan tidak kepada persoalan tersebut. Keadaan inilah yang menuntut guru agar lebih berintegriti dalam melaksanakan tugas dan sebagainya.

kajian menunjukkan guru merupakan insan yang sangat  dipercayai dalam masyarakat Malaysia dimana berada di kedudukan kedua tertinggi dalam diberi kepercayaan. Berdasarkan angka ini, seorang guru patut berasa bangga dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada insan bergelar guru. Namun, apa yang menjadi persoalannya sejauhmana guru mampu menongkah arus kemodenan dalam mendidik anak bangsa.? Persoalan ini perlu dijawab secara bijaksana bersama dengan kematangan akal oleh guru. Inilah dilema yang perlu dipikul seorang guru.

Mari kita melihat selusuri laporan berita berkaitan dengan 2 buah sekolah yang sanggup mengurung pelajar semata-mata untuk mengelak daripada pelajar ini menduduki UPSR. Apakah sebabnya? jawapannya cukup mudah kerana takut prestasi sekolah menurun. inilah dilema guru masa kini. penekanan yang lebih terhadap  prestasi akademik semata-mata menyebabkan pihak sekolah dan guru bertindak diluar norma masyarakat. pada pendapat penulis perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar kerana tiada autoriti untuk kita menyekat hak sesorang kanak-kanak untuk memiliki apa yang perlu untuk mereka. Prestasi merupakan elemen penting terhadap terhadap sekolah. Seandainya prestasi sekolah menurun maka pihak atasan akan memarahi pihak sekolah, pihak sekolah akan memarahi guru penanti matapelajaran dan kesan seterusnya ialah murid. Sama-samalah kita merenung sistem pendidikan yang ada sekarang yang lebih mementingkan prestasi semata-mata? Inlah dilema yang perlu dipikul oleh seorang guru.

Kepercayaan terhadap guru tidak terhenti begitu sahaja apabila KSSR diwujudkan. KSSR sememangnya satu perancangan yang cukup sistematik untuk dijalankan. Namun banyak persoalan yang timbul sejauhmana sistem ini membantu pendidikan negara. Salah satu isu hangat yang dibincangkan ialah guru yang memegang tanggungjawab memberi markah 40 peratus terhadap pencapaian murid tahun 6 dalam penilaian akhir sebelum memasuki alam sekolah menengah. persoalannya sejauhmana integriti guru dalam membuat penilaiaan daripada dipengaruhi aspek emosi, faktor ibubapa, sahabat dan sebagainya? Persoalan itu juga menjadi bebanan seorang guru dan perlu dijawab dengan kecerdikan akal yang tinggi. 
Inilah dilema yang perlu dipikul oleh seorang guru.

Tugas guru bukan hanya dalam soal mendidik tetapi juga diluar bidang mendidik dari aspek pengurusan sehinggalah bekerja untuk membersihkan halaman sekolah. Fenomena ini sememangnya wujud di sekolah luar bandar yang ketiadaan tukang kebun dan individu yang berkemahiran. Tugas ini akan dikembalikan kepada guru disekolah. Kembali kepada matlamat asal tugas seorang guru, kita perlu lebih bijak dalam menangani bebanan kerja masa kini yang semakin mencabar. mengeluh bukanlah jalan terbaik dalam menangani permasalahan apa yang lebih peting ialah tuntutan pengorban dari seorang guru itu. Kita tidak perlu menyatakan kita adalah yang terbaik tetapi cukuplah dengan hanya penghargaan kepercayaan yang telah diberikan.

  * lepas ini guru tidak perlu takut dengan ibubapa yang langsung tidak membantu guru dalam memajukan     anak-anaknya tetapi hanya tahu mengkritik, kerana pencapaiaan murid hampir separuh ditangan guru disekolah.








Friday, October 7, 2011

Didik dan Pendidik,


Ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk hormat,
jangan seperti  perangai budak-budak

ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk taat,
jangan seperti perangai budak-budak,

ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk mendengar,
jangan seperti perangai budak-budak,

Ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk menegur,
jangan seperti perangai budak-budak,

ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk memahami,
jangan seperti perangai budak-budak

beradablah teman,
matanglah bersama pemikiran akal,
perlu didik sebelum menjadi pendidik,
jangan seperti perangai budak-budak.

Nukilan-Sepawi

Tuesday, October 4, 2011

Kerana Silap


Aku teguh berdiri dengan sepasang kaki
melangkah menyusuri jalan,
nampak terang jalan itu,
senyum terukir indah bersih tiada celanya
Mata kuat memandang hijaunya alam ini, 
tiada sudahnya memerhati,
gelagat manusia menjadi penghuni,
tangannya kuat menggenggam,
membersih kusutnya hati,
tidak lelah berfikir untuk jiwa,
kelangsungan kehidupan yang masih jauh,
mungkin penyebabnya,
dewasa kini kian pudar,
langkah kian lesu,
jiwa kian celaru,
apa yang dipandang tidak semuanya indah,
tidak perlu kamu mengambil semua itu,
tidak perlu kamu mencuba untuknya,
kini tiada yang mahu dipersalahkan,
hanya diri,
kini tiada lagi mahu difikirkan,
hanya diri,
kini tiada lagi mahu dimarahkan,
hanya diri,
semuanya kerana silap.

                                                                                                                          nukilan-Sepawi

Saturday, October 1, 2011

Cerita Mereka


Sayu,
gambaran hati memandang wajah mereka,
tidak terdaya sememangnya ada cerita,

bangga,
gambaran hati melihat ketabahan mereka,
tidak terdaya tetapi ada usaha kudrat mereka,

bersyukur,
gambaran hati melangkah dunia mereka,
tidak terdaya nikmat yang terindah masih milik kita,

redha,
gambaran hati menghayati kesabaran mereka,
tidak terdaya namun tidak pernah mengeluh menyusuri jalan cerita,

cerita mereka,
membuat aku sayu,
cerita mereka,
membuat aku bangga,
cerita mereka,
membuat aku bersyukur
cerita mereka
membuat aku redha
cerita mereka
membuat aku mengerti, menghargai, merasai,
nikmatnya anugerah ilahi.

                                                                                                                            Nukilan: Sepawi