Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 30, 2008

MUTTHQ peringkat Kebangsaan

Tafsir


Hafazan


Tilawah

Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-27 tahun ini telah diadakan di Institut Perguruan Ampuan Afzan, Kuala LIpis, Pahang. Saya merupakan salah seorang daripada peserta tilawah Al-Quran dan berasa cukup bertuah kerana dapat mewakili institut ke pertandingan yang saya rasa cukup mulia. pertandingan sebegini pastinya memberi seribu makna didalam diri. Tema MUTTHQ tahun ini adalah "Menjana Ummah Gemilang" tema ini amatlah bersesuaian dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. MUTTHQ ini bermula pada 20 Oktober dan berakhir pada 23 Oktober 2008 yang lalu. Antara objektif MUTTHQ ini diadakan adalah untuk membudayakan Al-Quran sebagai panduan hidup. mesej disini cukup jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kehidupan didalam masyarakat berlandaskan Al-Quran. pertandingan yang hampir mengambil masa 1 minggu ini memberi banyak natijah berguna kepada diri untuk menempuh kehidupan pada masa akan datang.

Thursday, October 16, 2008

RAYA

Raya tahun ini saya berasa cukup gembira kerana semua adik beradik saya beraya dikampung tempat kami dibesarkan. sebelum ini abang saya yang bekerja di Sabah susah untuk mendapatkan cuti raya kerana atas urusan tanggungjawap sebagai anggota Polis. Banyak pengalaman manis beraya dikampung halaman. saya begitu terpesona dengan pemandangan dikampung dengan kilauan cahaya dari setiap rumah pada setiap malam. masjid dihias dengan cantik dan setiap surau pula dibina sebuah pintu gerbang yang menarik perhatian setiap penduduk. penduduk kampung berganding bahu dalam menyiapkan pintu gerbang tersebut. inilah salah satu nilai yang perlu dterapkan didalam anggota masyarakat muda pada masa kini. disini saya tidak melihat kepada kecantikan pintu gerbang yang telah siap terbina tetapi apa yang lebih penting adalah nilai kerjasama yang ditunjukkan. Berbeza dengan pengalaman beraya di institut tahun ini. pihak institut telah mengadakan asrama terbuka dan setiap pelajar dibenarkan untuk melawat setiap bilik pada masa yang telah ditetapkan. aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan diantara satu sama lain. pada waktu malamnya pula diadakan majlis jamuan dan diserikan dengan persembahan dari pelajar-pelajar. saya juga turut berpeluang membuat persembahan pada malam itu. pengalaman itu banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan.

Pintu gerbang

Kawan-kawan masa sekolah

Persembahan dari pelajar



Sunday, September 21, 2008

Dimana kita???


dunia moden hari ini terus membiarkan manusia lupa akan sejarah Islam suatu masa lalu. adakah salah dunia atau kita sendiri yang tidak menyedari hakikat itu. Semuanya berada didalam Hati kita. isu perpaduan di negara kita bukanlah satu perkara baru diperkatakan malah sejarah hitam 13 Mei 1969 telah membuktikan bahawa keretakkan yang kecil sahaja mampu mengkucar-kacir kan negara.

Kesedaran umat telah mulai bergelora untuk bersatu, tetapi matlamat yang baik ini tidak akan dapat dicapai jika kaedah yang ditempuh adalah salah atau keliru. Di satu sisi kita menyerukan persatuan, di sisi lain kita masih mengekalkan sempadan dan membanggakan sempadan, sehingga saudara seIslam yang datang dari negara jiran untuk perlindungan atau mencari nafkah, kita halau mereka balik. Adakah ini perpaduan.

Jadi apakah yang dapat membawa kepada matlamat ini? Allah SWT telah memberikan jawapan dalam firmannya:

“Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS Al-Anfal: 60-63)

Jadi yang akan mempersatukan umat Islam adalah Allah. Adakah Allah memaksa kita? Tidak, tetapi dengan memeluk aqidah Islam.


Sesungguhnya prinsip utama persatuan dan persaudaraan Islam adalah aqidah Islam. Segala benteng-benteng sempadan geografi, tembok-tembok nasionalisme dan patriotisme, jurang kaya dan miskin, perbezaan warna kulit dan bahasa akan runtuh apabila telah memiliki aqidah Islam yang sama, maka mereka bersaudara dan diperintahkan untuk bersaudara dalam firman Allah:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (QS Al-Hujuraat:10)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.”(QS Al-Imran 103)

Rasulullah SAW. bersabda:

“Hai manusia, sesungguhnya Rabb kalian satu dan bapak kalian pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang Ajam(bukan arab) dan tidak ada keutamaan Orang Ajam atau orang Arab, tidak ada keutamaan orang hitam atas orang merah, dan tidak ada keutamaan kulit merah atas kulit hitam, kecuali taqwanya.” (HR. Ahmad)

Dalil-dalil di atas menegaskan kepada kita bahawa satu-satunya ikatan yang menghubungkan antara sesama muslim adalah ikatan Aqidah Islam. Persatuan berdasarkan aqidah ini tidak boleh kalah oleh persatuan lainnya yang tidak diakui oleh hukum syara’ seperti ikatan kesukuan, nasionalisme, patriotisme, kemanusiaan atau ikatan asabiyah yang lainnya. Ikatan nasionalisme (asabiyyah) merupakan ikatan yang sempit, yang lahir dari gharizatul baqa’ (naluri mempertahankan diri/survival instinct) yang selanjutnya melahirkan keinginan untuk memimpin(hubbus siadah). Ikatan ini tidak layak untuk menjadi pengikat di antara sesama manusia dan juga tidak layak untuk menyatukan mereka dalam satu pemikiran. Sebab nasionalisme memang kosong dari pemikiran (tidak membuahkan pemikiran) dan bahkan tidak ada hubungan dengan pemikiran dan peraturan.

Dengan demikian nasionalisme tidaklah layak untuk membangkitkan umat Islam, sebab kebangkitan adalah meningkatnya taraf berfikir umat. Apabila ikatan ini tidak mempunyai atau tidak menerbitkan sebarang peraturan maka pejuang-pejuang nasionalisme adalah pengemis-pengemis peraturan-peraturan yang mereka pinjam dari ideologi kapitalis dan sosialis, kerana persatuan mereka adalah persatuan emosi yang kosong dari penyelesaian kepada masalah kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa saja yang menyeru kepada ‘asabiyah(fanatisme golongan, seperti nasionalisme) maka dia tidak termasuk golongan kita (kaum muslimin)” (HR. Abu Daud)

“Dan sesiapa yang berperang di bawah panji kejahiliahan , ia marah kerana ‘asabiyah, atau menyeru kepada ‘asabiyah, atau ikut menolong (membantu) demi ‘asabiyah, kemudian ia terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyah” (HR Muslim)

kembalilah kepada prinsip Islam yang sebenar.

Friday, August 29, 2008

CINTA SEORANG PEMUDA

  1. saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh! sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari jemari patah, tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh bantu membantu disuatu hari yang amat dasyat dihadapan Yang Maha Esa.
  2. saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul.... sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok bukan! tapi saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila... takut nanti terbakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.
  3. saya sangat suka tengok body teman wanita saya... solid betul. sungguh! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengn kekasih dia Yang Utama, dia jauuuuuuuuh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. saya pun tumpang dapat pahala.... syoknya.
  4. saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tak tidur, tak makan sebab rindu saya, saya pun macam itu juga. sidia tanya, "apa ubatnya, Bang? saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa... semoga dia cintakan-Nya lebih dari saya.
  5. saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam"makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok... nanti awak sakit, saya juga yang susah hati.... bla bla bla" tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tak kata apa pun. aduuuh... berdosanya saya!
  6. saya memang sayang sangat-sangat kat dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya, cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber' dating' di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selamanya.

Sunday, August 24, 2008

Pekan Kabong





kali ini saya ingin bercerita mengenai sebuah pekan iaitu pekan Kabong. Sebenarnya disinilah tempat saya lahir dan dibesarkan. Terdapat banyak versi cerita mengenai bagaimana pekan ini mendapat nama. Ada yang mengatakan namanya diambil berikutan peristiwa dimana suatu masa dahulu disinilah tempat askar-askar perang bergabung. Mungkin perkataannya diambil berdasarkan perkataan gabung. Satu lagi cerita yang saya perolehi ialah nama pekan ini diberi nama kabong adalah kerana banyak pokok apong yang tumbuh dikawasan ini. memang tidak jauh beza perkataan apong dan Kabong. Susah juga nak cari maklumat. Banyak juga tempat-tempat menarik andai kata ingin berkunjung di Pekan Kabong, antaranya keindahan Pantai tanjung Kembang, tidak jauh dari Pantai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong tempat saya bersekolah dulu. Bekas-bekas peninggalan sejarah pun ada seperti kubu pertahanan sewaktu pemerintahan keluarga brooke, masih kuku berdiri lagi. "SUMAN" salah satu makanan yang saya suka, sedap. kalau ada masa dan peluang saya akan bercerita mengenainya.

Jalan Masuk menuju ke Pantai Tanjung Kembang Kabong

SMK kabong

Jeti

Thursday, August 14, 2008

Mengenali sifat seorang penghuni syurga

Kebersihan hati kunci buka pintu amalan baik memasuki alam tertinggi

KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, "Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk." Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.

Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga



Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin 'Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.

Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, "Apa yang engkau lihat itulah."

Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam."

Ada banyak teladan dalam kisah itu. Namun yang pasti, hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan (iaitu) di hari harta dan anak pinak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (Surah as-Syu'araa, ayat 78)

Kebersihan hati adalah kunci untuk membuka pintu syurga. Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memiliki hati bersih. Sebaliknya, sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memiliki hati penuh penyakit.

Abu Umamah layak diteladani. Ia bukan sahabat terkenal seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin 'Affan atau Ali bin Abi Talib. Ibadatnya tidak tersohor seperti Abu Darda', Abdul Rahman bin 'Auf, Salman al-Farisi, juga beberapa sahabat lainnya.

Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga kerana hatinya bersih daripada penyakit, kebencian dan dendam. Sehingga semua amalan kebaikannya tetap utuh dan bernilai di hadapan Allah.

Oleh itu, selain sibuk memperbanyak amalan kebaikan, hendaklah menjaga hati daripada penyakit membahayakan kerana sia-sia saja menghiasi diri dengan amalan wajib mahupun sunat sedangkan hati tidak pernah dibersihkan. Sebaliknya walaupun amalan kita biasa saja, namun hati bersih, maka nilainya akan jauh lebih tinggi di hadapan Allah.

Walau bagaimanapun syaitan tidak akan duduk diam tetapi berusaha menghancurkan amalan baik sedang dikerjakan hamba. Maka sedang kita sibuk mengerjakan amalan, jangan lupakan hati. Lindungi daripada penyakit yang membinasakan amalan.

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.

Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu." (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah.

Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan. Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak.

Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya. Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, "Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Firman Allah yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak." (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

Kerana tidak ada kebersihan hati, banyak orang jadi hina dan sengsara. Allah menciptakan wang supaya manusia dekat dengan Allah. Wang yang dikurniakan disedekahkan, berzakat dan menolong orang sehingga darjat meningkat di sisi Allah.

Namun sebaliknya, banyak menjadikan dirinya hamba wang, demi mencari wang dia sanggup menipu orang, mencuri, rasuah, menculik, menyorok dan menaik harga barang serta bersubahat. Inilah menyebabkan hati seseorang tidak bersih dan menghapuskan segala amalan kebaikan dikerjakannya.

Justeru, amalan seseorang menggambarkan kebersihan hati nurani kerana sifat ujub, takbur, dengki dan rasa dendam menyebabkan halangan serta gangguan untuk seseorang itu menjadi penghuni syurga.

( dipetik dari bharian)

Kem Kasih 2008

Antara AJK yang bertugas dalam menjayakan Kem Kasih 2008


Kem Kasih atau kem kearah satukan ikatan hati adalah salah satu kem yang amat bermakna bagi setiap pelajar yang baru datang ke institut ini . Program ini bukan sahaja dapat memupuk ukhwah yang tinggi dikalangan pelajar baru tetapi apa yang lebih penting adalah dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
kem ini dijalankan selama tiga hari dua malam, iaitu bermula pada 15 Ogos dan berakhir pada 17 Ogos 2008, biar pun kem kali ini kekurangan AJK yang bertugas. Saya terharu kerana berkat kerjasama dan usaha sahabat-sahabat serta pertolongan dari pada Allah S.W.T segala Aktiviti yang telah di atur dapat dijalankan dengan jayanya.
Diharap program seperti ini akan dapat dijalankan pada masa akan datang dan menjadi salah satu medium pengikat perpaduan dikalangan umat Islam InsyaAllah.

Antara aktiviti yang dijalankan:
Sunah Rasul

Riadah

Their Touch

in every single day that i count,
i realize that i am not alone in this world,
with my mother's beautiful smile,
erasing all the challenges that passed

dad,
what else i can say about you?
you are my one and only super hero,
giving me the strength to go true my days,
even when i am crying,
you never look down upon me,
because you know,
your son is yours

my brothers and my sister,
having a lot of sweet memories with all of you,
hoping that one day we will touch the sky,
always together, forever.

me,
fawie








Wednesday, August 13, 2008

Selamat Datang...

ohaio.....................

hari ini


HARI INI PERMULAAN KEPADA SESUATU YANG BARU...................