Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 23, 2011

Permainan Guli Roket (berasal dari kampung Kabong)

Kali ini aku nak kongsikan tentang salah satu permainan tradisional yang amat popular dimainkan oleh kanak-kanak satu masa dulu di kampung kabong. Sekarang mungkin masih dimainkan tetapi rasanya ia tidaklah sehebat zaman 80-an.


Latar belakang
Permainan guli roket merupakan permainan guli yang popular di pekan Kabong diawal 80-an. Permainan ini mendapat sambutan daripada kanak-kanak kerana mereka mampu mengumpul jumlah guli yang banyak dalam satu-satu masa. Permainan ini juga memerlukan kemahiran melontar guli dengan baik dan memerlukan perhatian yang tinggi semasa melontar guli.

Undang-undang

 Peraturan permainan(ikut penganjur)
1.    -Setiap kumpulan besar diminta untuk menghantar 3 orang wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket.
2.    -Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan.
3.    -Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas gelanggan pertandingan.
4.    -Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang telah ditetapkan oleh penganjur.
5.   - Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau kelakuan dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan mengikut budi bicara juri.
6.   - Kuputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan.

Cara bermain
1.    -Setiap kumpulan akan dibekalkan 30 guli oleh penganjur.
2.    -Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk setiap pusingan.
3.   - Penentuan giliran, ditentukan berdasarkan kepada jarak hampir lontaran guli peserta digarisan permulaan yang dilontar dari arah kotak roket.
4.    -Jumlah guli yang dipertaruhkan ditentukan berdasarkan persetujuan dari setiap kumpulan.
5.    Guli disusun mengikut budi bicara penganjur pada satu garisan lurus dalam kotak roket.
6.    -Mata diambil berdasarkan kepada jumlah guli yang diperolehi pada setiap pusingan.

Bagaimana cara untuk mengumpul jumlah guli yang banyak?
1.   - Setiap peserta akan berusaha mengeluar guli dari kotak roket.
2.    -Apabila guli pertama berjaya dikeluarkan peserta bukan sahaja akan memperolehi guli yang berjaya dikeluarkan tetapi juga memperolehi guli yang berada dibelakang bermula dari guli yang telah berjaya dikeluarkan.
3.   - Semakin dekat guli yang berjaya dikeluarkan dari puncak roket semakin banyak jumlah guli yang dikumpulkan.
4.    -Guli yang digunakan untuk melontar mestilah berada diluar kawasan kotak roket bagi membenarkan peserta mengambil guli selebihnya.
5.    -Pusingan akan tamat apabila jumlah guli dalam kotak roket kurang dari 4.
6.   - Jumlah mata akan dikumpulkan setelah selesai 3 pusingan.
7.   - Giliran peserta akan sentiasa ditentukan apabila setiap pusingan dimulakan.

P/s: 
Saya akan anjurkan permainan tradisional ini sabtu ini, jadi ada syarat penyertaan sekali dimasukkan. kalau dimainkan diperingkat kampung kita jadi penganjur dan kitalah juga yang menangis bila kalah.

 
1. 

Tuesday, February 22, 2011

Kesilapan.

Membuat orang marah merupakan perkara yang paling aku tidak suka, lebih-lebih lagi bila aku tiada brniat untuk berbuat demikian. Aku dapat mempelajari sesuatu daripada itu:

  • Ikut emosi seseorang kalau nak bergurau dengannya.
 kita kadang-kadang terlebih gembira sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan orang lain marah. sikap ini tidak bagus, tengok-tengok jugak situasi semasa, ada yang boleh dibawa bergurau masa tengah tension dapat hilangkan stress, dan ada juga yang tidak boleh. Aaaaa yang ini perlu pemerhatian yang menyeluruh dan hati-hati sikit kalau nak berkata-kata.

  • Lebih baik diam
penyelesaian yang lebih baik adalah diam sahaja, jangan merapu tak tentu pasal, lain pulak yang jadi, kalau diam sangat hidup jadi tak best.... jadi pandai-pandailah urus diri hehehe...

  • Kalau orang yang tak boleh dibawa bergurau lebih baik jangan bergurau dengannya.
kesimpulan yang ini pulak adalah menggunakan etika mencegah lebih baik daripada mengubati. Senang cerita elakkan dari bergurau dengan orang yang tak suka bergurau, rasanya tak perlu cari penyakit dan senang-senang menjolok sarang tebuan, nanti diri yang binasa.

P/s:
Rasanya itulah antara pengajaran yang aku boleh ikatkan untuk pedoman pada masa hadapan.

Sunday, February 20, 2011

Aku Tidak Lupa.

Aku tidak lupa,
aku berdiri dan memerhati destinasi yang sama,
aku tidak lupa,
aku berjalan pada jarak dan masa yang agak sama,
aku tidak lupa,
bilik tempat aku tumpahkan rasa gembira dan tawa riang,
aku tidak lupa,
teriakan  suara bergema yang mematikan alpa kita,
hanya satu,
hanya satu!
kita mungkin lupa,
apa itu alpa,
bukan pada huruf,
tetapi pada isi didalamnya...

Saturday, February 19, 2011

BIG Sem 5 untuk Bengkel Baru Berlalu.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kami PISMP1109 berjaya melaksanakan BIG semester 5 yang dirakamkan dengan pelbagai teknik penyampaian ilmu dan info termasuklah melalui ceramah dan forum. Kehadiran tetamu kehormat dan para tutor kelas sedikit sebanyak menyuntik semangat kami dalam menggerakkan aktiviti yang kami laksanakan secara lebih berkesan.

Saya juga amat kagum dengan kesungguhan setiap AJK yang telah dibahagikan tugas masing-masing dalam mengatur langkah memastikan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dilakukan secara maksimum. Ini dapat kita perhatikan melalui kelancaran majlis pada hari ini. Tidak salah saya katakan BIG kali ini adalah lebih sempurna kejayaannya, berbanding pencapaian yang pernah kumpulan kami laksanakan sebelum ini.

Biarpun tugas saya untuk BIG kali ini hanya dikerah untuk bersama-sama menyiapkan tentatif program, namun tugas tersebut saya pikul dengan baik bersama-sama dengan raka-rakan yang lain yang diketuai oleh saudara Denis. Terima kasih kepada semua. Terlalu banyak pengalaman yang telah kita kongsikan bersama. Masa semakin mendekati usia untuk ditempatkan di sekolah. Saya berharap kita akan mampu menambah ilmu di dada dengan sebanyak yang mungkin demi kebaikan diri, juga kepada masyarakat suatu hari nanti.

Thursday, February 17, 2011

Cinta

2 hari aku berehat dibilik, aku sempat mencipta sebuah lagu hehehehe, tidaklah sehebat mana, tetapi rasa cukup berbaloi bila ia sudah siap. Cuma tak cukup tools nak recording. Tapi tak apalah aku dah siapkan liriknya.

CINTA

AKU SAYU TERDENGAR SUARAMU
MEMANGGIL DAKU DALAM KESAMARAN

AKU RESAH MENITI MASA
ANDAI IA TIADA PENGHUJUNG NYATA

C/0
AKAN KU GENGGAM SEGUMPAL JANJI
TERSEMAT DIHATI

AKAN KU KIKIS CURIGA
YANG MENGUASAI DIRI

TAK DAPAT KU TENTANG
TAKDIR ILAHI
MEMBERI NIKMAT ANUGERAH
INSAN SEJATI

ENGKAU HADIR SAAT AKU MENYENDIRI
AKU LEMAH BAGAI TIADA HALUAN DICARI
ENGKAU BUKA MATAKU DENGAN KILAUAN CAHAYA
TIADA KATA KASIH YANG MAMPU MENGUNGKAPNYA,
CINTA......