Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 23, 2011

Permainan Guli Roket (berasal dari kampung Kabong)

Kali ini aku nak kongsikan tentang salah satu permainan tradisional yang amat popular dimainkan oleh kanak-kanak satu masa dulu di kampung kabong. Sekarang mungkin masih dimainkan tetapi rasanya ia tidaklah sehebat zaman 80-an.


Latar belakang
Permainan guli roket merupakan permainan guli yang popular di pekan Kabong diawal 80-an. Permainan ini mendapat sambutan daripada kanak-kanak kerana mereka mampu mengumpul jumlah guli yang banyak dalam satu-satu masa. Permainan ini juga memerlukan kemahiran melontar guli dengan baik dan memerlukan perhatian yang tinggi semasa melontar guli.

Undang-undang

 Peraturan permainan(ikut penganjur)
1.    -Setiap kumpulan besar diminta untuk menghantar 3 orang wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket.
2.    -Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan.
3.    -Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas gelanggan pertandingan.
4.    -Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang telah ditetapkan oleh penganjur.
5.   - Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau kelakuan dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan mengikut budi bicara juri.
6.   - Kuputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan.

Cara bermain
1.    -Setiap kumpulan akan dibekalkan 30 guli oleh penganjur.
2.    -Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk setiap pusingan.
3.   - Penentuan giliran, ditentukan berdasarkan kepada jarak hampir lontaran guli peserta digarisan permulaan yang dilontar dari arah kotak roket.
4.    -Jumlah guli yang dipertaruhkan ditentukan berdasarkan persetujuan dari setiap kumpulan.
5.    Guli disusun mengikut budi bicara penganjur pada satu garisan lurus dalam kotak roket.
6.    -Mata diambil berdasarkan kepada jumlah guli yang diperolehi pada setiap pusingan.

Bagaimana cara untuk mengumpul jumlah guli yang banyak?
1.   - Setiap peserta akan berusaha mengeluar guli dari kotak roket.
2.    -Apabila guli pertama berjaya dikeluarkan peserta bukan sahaja akan memperolehi guli yang berjaya dikeluarkan tetapi juga memperolehi guli yang berada dibelakang bermula dari guli yang telah berjaya dikeluarkan.
3.   - Semakin dekat guli yang berjaya dikeluarkan dari puncak roket semakin banyak jumlah guli yang dikumpulkan.
4.    -Guli yang digunakan untuk melontar mestilah berada diluar kawasan kotak roket bagi membenarkan peserta mengambil guli selebihnya.
5.    -Pusingan akan tamat apabila jumlah guli dalam kotak roket kurang dari 4.
6.   - Jumlah mata akan dikumpulkan setelah selesai 3 pusingan.
7.   - Giliran peserta akan sentiasa ditentukan apabila setiap pusingan dimulakan.

P/s: 
Saya akan anjurkan permainan tradisional ini sabtu ini, jadi ada syarat penyertaan sekali dimasukkan. kalau dimainkan diperingkat kampung kita jadi penganjur dan kitalah juga yang menangis bila kalah.

 
1. 

No comments:

Post a Comment