Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 5, 2011

K-E-L-U-A-R-G-A

Keseorangan?
tidak,
aku ada mereka,
tegur bila aku terleka,

Keseorangan?
tidak,
senyuman itu untuk aku,
berdiri bersama aku,
saat hati aku tidak menentu

keseorangan?
tidak,
menangis kerana aku,
gembira kerana aku,
semuanya kerana sayang dilubuk sayu

keseorangan?
tidak,
mereka tiada ganti,
hati ini rela menjadi saksi,
kerana disitu terbitnya kesaksian nurani,
sebuah keluarga sejati.


Tuesday, October 18, 2011

Pelajar Sekolah Kelar bayi sendiri kerana kekasih

Kejam dan sungguh tidak berperikemanusiaan itulah ungkapan yang boleh digambarkan terhadap seorang pelajar 16 tahun di Betong yang  mengelar bayi yang dilahirkannya hanya kerana kekasihnya tidak mahu menerima bayi tersebut. Sungguh dasyat tindakan pelajar tersebut yang akhirnya membawa kematian kepada bayi yang tidak bersalah itu.



 
Kesan kelar

Penulis berharap setiap individu yang terlibat akan di hadap kemuka pengadilan dan dihukum  dengan sewajarnya. Akal perlu mengawasi setiap tindakan yang hanya tunduk kepada emosi semata.

Sunday, October 16, 2011

( Kampung Kabong)Main Ngongan Tapok


Sebelum penulis menceritakan dengan terperinci cara main ngongan tapok lebih elok kiranya terlebih dahulu penulis menceritakan apakan maksud frasa " Main Ngongan Tapok" satu persatu bagi memudahkan kita memahami. Main merupakan salah satu kata kerja yang merujuk kepada tindakan untuk melakukan sesuatu aktiviti atau permainan tertentu. Ia merujuk kepada Individu yang bersama secara langsung dalam satu permainan tertentu. Rasanya semua sudah mengetahuinya. Ngongan pula merupakan salah satu perkataan yang berasal dari bahasa Melayu sarawak(kabong) yang merujuk kepada permainan. Maknanya ngongan sinonim bagi perkataan permainan. Tapok pula juga merupakan bahasa Melayu Sarawak (Kabong) yang bermaksud sembunyi atau sorok. Kesimpulannya frasa "Main Ngongan Tapok" bolehlah disama ertikan sebagai main permainan sembunyi-sembunyi atau sorok-sorok. Permainan ini sememangnya tidak jauh beza dengan permainan sembunyi-sembunyi yang polular dikampung lain, mungkin hanya dibezakan dengan peraturan permainan sahaja.

Mari kita perincikan cara permainan ini dimainkan di Kampung Kabong.  

  1. Permainan ini boleh melibatkan banyak individu dalam satu-satu permainan.
  2. Pemilihan tapak permainan tiada tiada hadnya kerana ia boleh dimainkan sama ada didalam rumah mahupun diluar kawasan rumah mengikut persetujuan.
  3. Apabila peserta permainan ini telah dipilih maka mereka diwajibkan untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi hantu atau pencari. Biasanya salah seorang akan dipilih berdasarkan persetujuan bersama.
  4. Permainan dimulakan apabila pencari menutup mata pada arah tiang atau dinding yang sesuai dan mula mengira. 
  5. Semua peserta permainan akan mencari tempat persembunyian masing-masing mengikut sempadan yang telah dipersetujui.
  6. Apabila pengiraan tamat pencari akan mula menggeledah dan menangkap siapa sahaja yang sudah dikesan tempat persembunyian.
  7. Pencari mestilah berlari ketempat tiang atau dinding dan mestilah menyebut nama peserta dan tempat persembunyian peserta yang sudah dikesan.
  8. Pencari juga perlu menyentuh dinding atau tiang pengiraan bagi memastikan peserta tidak boleh menyelamatkan diri.
  9. Peserta yang terakhir yang masih belum dikesan boleh menyelamatkan semua peserta tadi dengan syarat peserta tersebut berjaya berlari mendahului pencari untuk menyentuh tiang.
  10. Sekirannya peserta terakhir berjaya menyentuh tiang maka peserta pencari tadi sekali lagi akan menjadi hantu atau pencari.
  11. namun sekiranya pencari berjaya menangkap peserta terakhir dengan menyentuh tiang dan menyebut nama, maka peserta pertama ditangkap tadi pula akan menjadi pencari atau hantu.
  12. Permainan ini cukup mencabar sekiranya ia dilakukan ditempat yang cukup luas kawasannya   
Penulis berharap main ngongan tapok ini akan terus bersemadi dijiwa penduduk Kampung Kabong kerana ia merupakan warisan yang perlu dikekalkan bersama. Seandainya ia tidak dijaga makan ia akan lenyap bersama dengan peredaran masa yang terus rancak berlalu.

                                                                                           Pencinta Kampung Kabong-Sepawi(boy)

Friday, October 14, 2011

11 Cara untuk Mengetahui Sidia Menyayangi Kita


1. Sentiasa berkira untuk meminta pertolongan kita kerana takut kita sibuk dengan kerja.
 Sidia yang menyayangi kita akan sentiasa berusaha untuk tidak menyusahkan kita. Namun harus diingat peranan kita juga penting kerana kita perlu sentiasa kesan sekiranya mereka memerlukan pertolongan. Tanpa segan silu kita perlu memberitahu " Saya akan membantu" baru dia hormat kita. :)

2. Tidak pernah berkira sekiranya kita meminta pertolongan daripadanya.
Berlainan pula apabila kita meminta pertolongan mereka. Kadang-kadang lelaki ambil mudah perkara ini, harus diingat kemampuan Si dia ada hadnya. Pertolongan yang kita minta itu  biarlah berpada-pada ,jangan sampai kita dikata ambil kesempatan. Hubungan ini akan berakhir dengan kisah ungkit mengungkit nanti. Waspadalah semasa meminta pertolongan. Jangan nak ingat senang sahaja. Kalu Si dia tidak berkira maknanya dia memang ikhlas menyayangi kita.
3. Cenderung untuk meminggirkan kepentingan diri demi untuk kita.
kadang-kadang pasangan kita sibuk dengan tugasan yang diberikan, apabila kita berhadapan dengan masalah yang teruk, Sidia akan sentiasa memastikan mereka sentiasa bersama kita. Tidak kiralah kita meluahkan perasaan marah dalam mesej esei panjang sehingga 1000-2000 patah perkataan sekalipun. Mereka sedia membacanya dalam "hphone" mereka, biarpun bahasanya sukar difahami.:)

4. Rela berkorban untuk membuatkan kita tersenyum.
Pasangan yang betul-betul menjaga hubungan, mereka akan sentiasa berusaha membuat kita tersenyum. walaupun kadang-kadang mereka merasakan lawak yang mereka buat menyebabkan kita tidak akan ketawa, tetapi mereka buat juga sebab mereka akan tahu kita akan ketawa sebab tiada unsur lawak dekat situ. Jadi peranan kita ketawa sahajalah, mesti jaga hati.

5. Bersedia mendengar cerita dari kita biarpun cerita itu membosankan.
Inilah perkara yang sering berlaku, kita punyalah syok bercerita sambil ketawa tidak sudah-sudah. Tapi sebenar kisah tersebut bukan genre yang si dia minati. kita ini pun satu juga carilah cerita yang mereka suka. bersesuaian tdaklah mereka berasa bosan. Tetapi kalau sayang semuanya baik punya.

6. Tidak lupa hari-hari penting dalam perhubungan.
perkara ini lelaki memang masalah sikit, sebab sibuk dengan kerja kononnya. kalau Sidia menyayangi kita jaranglah dia nak lupa tarikh-tarikh penting hubungan mereka. Lelaki bahaya sikit "brthday" sidia pun boleh lupa. Sibuklah kononnya penyebab.

8. Antara insan terawal yang risau apabila kita ditimpa kemalangan.
Ini sememangnya perasaaan yang harus ada pada setiap insan yang ada rasa sayang didalam diri. Sidialah yang dahulu risau dari orang lain meskipun kemalangan itu melibatkan kemalangan kecil. kalau sidia tunjukkan sikap sebegitu ada maknanya mereka menyayangi hubungan.
9. Sentiasa mencari kelebihan kita daripada mencari keburukan.
Bab ini pun baik untuk dibincangkan. Apa pendapat kamu seandainya setiap kali berjumpa sidia akan menyenaraikan semua keburukan yang kita telah lakukan sebelum ini.? Alamak, mesti rasa menyampahkan macamlah tiada kebaikan yang kita lakukan sebelum ini. kalau dia sayang, dia akan berpada-pada menegur kita, menegur biar bertempat. Tiada individu yang sempurna tetapi kita mesti mencari kesempurnaan itu. Tetapi tengok diri kita juga, kalau memang sikap kita buruk memanjang siapa yang nak tahan. contohnya tidur sehari boleh mencecah angka 10 jam sehari belum termasuk tidur malam lagi. Haiya....  Pandai-pandailah memikirkannya sendiri.

10. Bersedia memberi nasihat apabila diperlukan walaupun bukan kepakaran.
Ini juga perkara penting yang harus dimiliki kepada insan yang menyayangi kita, bersedia menjadi pakar nasihat apa-apa juga masalah yang timbul. walaupun bukan kepakaran mereka. contohnya pasal moto rosak. terima sahajalah nasihat mereka walaupun nasihat sidia hanya menyatakan bawa bengkel yang mereka tahu. tetapi nasihat jugalah kan? 

11. Sidia sentiasa menjaga diri.
Sidia sentiasa berusaha untuk menjaga diri mereka untuk kita dan agamanya, sentiasa cantik, menjaga kelakuan dan  yang lebih peting, ia semata-mata untuk mendapat keredhaan Yang Esa. Jangan terbalik pula lelaki pula yang lebih-lebih inginkan perempuan yang seksi, sampai tidak tidur malam bila memikirkannya ish3 renung-renungkan. Mesti ubah niat. :). kalau dia sayangkan kita sidia akan jaga diri untuk kehidupannya dan untuk kita. Tidak perlu dipaksa.

Monday, October 10, 2011

Guru Oh Guru

Situasi 1: Kejadian di sebuah Hospital Umum.
  
Cikgu A telah pergi ke wad kecemasan kerana mengalami masalah kesihatan. Sementara menunggu giliran untuk dipanggil tiba-tiba matanya terarah kepada dua orang lelaki yang sedang berbincang sesuatu. Berdasarkan kepada gerak-geri dan pakaian yang digunakan, kemungkinan besar mereka merupakan doktor yang bertugas pada malam tersebut. Cikgu A  kemudiannya memerhati salah seorang daripada mereka yang betul-betul berdiri mengadap Cikgu A yang seakan-akan seperti anak muridnya yang pernah diajarnya dulu. Cikgu A mengambil keputusan untuk bangun dan mendekati mereka dengan lebih rapat. Mata Cikgu A memang tidak silap doktor tersebut merupakan bekas pelajarnya. Namun kehadiran Cikgu A tidak diendahkan oleh doktor tersebut. Rupa-rupanya doktor tersebut merupakan bekas pelajar yang pernah mendapat keputusan cemerlang di sebuah sekolah yang pernah diajarnya suatu masa dahulu. Cikgu A kembali ketempat duduknya dan setia menunggu giliran dipanggil untuk diperiksa.


Situasi 2: Kejadian Dalam sebuah kapal terbang.

Kapal terbang sudah berjaya berangkat dari lapangan terbang seperti biasa pramugari akan melayan semua penumpang untuk keselesaan. Cikgu B duduk seperti biasa didalam kapal terbang tersebut. Tiba-tiba seorang pramugari tanpa disuruh menghantar selimut kepada Cikgu A. 

Cikgu B         : Ini barang yang awak minta ke?
Penumpang  : Bukanlah, saya tak minta pun.

Cikgu B berasa hairan dan membiarkan selimut tersebut disitu kerana takut selimut tersebut bukan miliknya. selang beberapa minit kemudian pramugari tersebut memberinya kacang dan sekali lagi Cikgu B berasa hairan.

Cikgu B         : Ini makanan yang awak minta ke?
Penumpang  : bukanlah, saya tak minta pun.

Kejadian tersebut membuatkan hati Cikgu B semakin kehairanan dan sekali lagi Cikgu B membiarkan makanan yang telah diberikan oleh pramugari itu tadi. Selang beberapa minit kemudian pramugari itu datang sekali lagi dan memberikan sesuatu sekali lagi. Namun kali ini...

Pramugari   : Cikgu tidak ingat saya lagi? saya ini bekas pelajar cikgu dahulu.

Persoalan yang bermain diminda Cikgu B terjawab. Setelah diteliti barulah Cikgu B tahu pramugari itu merupakan bekas pelajarnya dulu, Cikgu B berbangga kerana memiliki pelajar yang sudah ada kerjayanya sendiri biarpun dahulu pelajarnya ini hanya mendapat keputusan yang sederhana dalam kelas.



Situasi 3 : Kejadian di kedai makan.

Setelah penat berjalan Cikgu C mengambil keputusan untuk berhenti minum sebuah kedai yang berhampiran. Belum sempat untuk Cikgu C untuk duduk. Tiba-tiba dia terdengar suara orang yang memanggil dengan kuat sekali dari jauh. Usia Cikgu C yang sudah lanjut menyebabkan Cikgu C tidak nampak dengan jelas wajah individu yang memanggil itu.

Individu : Cikgu!! Cikgu!! Cikgu!!

individu terbabit terus mendekati Cikgu C dan tanpa segan pilu memberi salam dan memeluk cikgu dengan penuh rasa kegembiraan.

Individu              : Assalamualaikum cikgu.
Cikgu C             : wa'alaikumussalam
Individu              : cikgu tidak ingat saya lagi, ala bekas anak murid cikgu yang selalu ken marah kerana               tidak          siapkan   kerja rumah. hehehehe
Cikgu C akhirnya ingat tentang pelajarnya ini. Pelajarnya ini merupakan pelajar yang sangat nakal suatu masa dahulu. Cikgu C sangat berbangga biarpun pernah dihukum oleh cikgu C namun tiada satu pun yang disimpannya didalam hati.

* Cerita ini memberi ruang untuk kita berfikir tentang sesuatu. Apa silapnya?




Sunday, October 9, 2011

Dilema guru



Pengorbanan seorang guru sememangnya amat diperlukan dalam pembangunan masa kini. tanggunjawab dan amanah yang semakin berat sebagai arkitek manusia sememangnya agak memenatkan seandainya gagal maka pembinaan moral individu tersebut pasti akan memusnahkan negara pada masa akan datang dan ketemadunan manusia suatu hari nanti. Inilah matlamat dan tanggunjawab yang paling besar buat insan yang bergelar seorang guru. Adakah anda sanggup untuk dipersalahkan oleh generasi muda akan datang kerana lalainya seorang guru mendidik anak bangsa.? Sudah pastinya guru akan menyatakan tidak kepada persoalan tersebut. Keadaan inilah yang menuntut guru agar lebih berintegriti dalam melaksanakan tugas dan sebagainya.

kajian menunjukkan guru merupakan insan yang sangat  dipercayai dalam masyarakat Malaysia dimana berada di kedudukan kedua tertinggi dalam diberi kepercayaan. Berdasarkan angka ini, seorang guru patut berasa bangga dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada insan bergelar guru. Namun, apa yang menjadi persoalannya sejauhmana guru mampu menongkah arus kemodenan dalam mendidik anak bangsa.? Persoalan ini perlu dijawab secara bijaksana bersama dengan kematangan akal oleh guru. Inilah dilema yang perlu dipikul seorang guru.

Mari kita melihat selusuri laporan berita berkaitan dengan 2 buah sekolah yang sanggup mengurung pelajar semata-mata untuk mengelak daripada pelajar ini menduduki UPSR. Apakah sebabnya? jawapannya cukup mudah kerana takut prestasi sekolah menurun. inilah dilema guru masa kini. penekanan yang lebih terhadap  prestasi akademik semata-mata menyebabkan pihak sekolah dan guru bertindak diluar norma masyarakat. pada pendapat penulis perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar kerana tiada autoriti untuk kita menyekat hak sesorang kanak-kanak untuk memiliki apa yang perlu untuk mereka. Prestasi merupakan elemen penting terhadap terhadap sekolah. Seandainya prestasi sekolah menurun maka pihak atasan akan memarahi pihak sekolah, pihak sekolah akan memarahi guru penanti matapelajaran dan kesan seterusnya ialah murid. Sama-samalah kita merenung sistem pendidikan yang ada sekarang yang lebih mementingkan prestasi semata-mata? Inlah dilema yang perlu dipikul oleh seorang guru.

Kepercayaan terhadap guru tidak terhenti begitu sahaja apabila KSSR diwujudkan. KSSR sememangnya satu perancangan yang cukup sistematik untuk dijalankan. Namun banyak persoalan yang timbul sejauhmana sistem ini membantu pendidikan negara. Salah satu isu hangat yang dibincangkan ialah guru yang memegang tanggungjawab memberi markah 40 peratus terhadap pencapaian murid tahun 6 dalam penilaian akhir sebelum memasuki alam sekolah menengah. persoalannya sejauhmana integriti guru dalam membuat penilaiaan daripada dipengaruhi aspek emosi, faktor ibubapa, sahabat dan sebagainya? Persoalan itu juga menjadi bebanan seorang guru dan perlu dijawab dengan kecerdikan akal yang tinggi. 
Inilah dilema yang perlu dipikul oleh seorang guru.

Tugas guru bukan hanya dalam soal mendidik tetapi juga diluar bidang mendidik dari aspek pengurusan sehinggalah bekerja untuk membersihkan halaman sekolah. Fenomena ini sememangnya wujud di sekolah luar bandar yang ketiadaan tukang kebun dan individu yang berkemahiran. Tugas ini akan dikembalikan kepada guru disekolah. Kembali kepada matlamat asal tugas seorang guru, kita perlu lebih bijak dalam menangani bebanan kerja masa kini yang semakin mencabar. mengeluh bukanlah jalan terbaik dalam menangani permasalahan apa yang lebih peting ialah tuntutan pengorban dari seorang guru itu. Kita tidak perlu menyatakan kita adalah yang terbaik tetapi cukuplah dengan hanya penghargaan kepercayaan yang telah diberikan.

  * lepas ini guru tidak perlu takut dengan ibubapa yang langsung tidak membantu guru dalam memajukan     anak-anaknya tetapi hanya tahu mengkritik, kerana pencapaiaan murid hampir separuh ditangan guru disekolah.








Friday, October 7, 2011

Didik dan Pendidik,


Ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk hormat,
jangan seperti  perangai budak-budak

ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk taat,
jangan seperti perangai budak-budak,

ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk mendengar,
jangan seperti perangai budak-budak,

Ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk menegur,
jangan seperti perangai budak-budak,

ingin menjadi pendidik?
cari pengalaman dulu,
didik diri untuk memahami,
jangan seperti perangai budak-budak

beradablah teman,
matanglah bersama pemikiran akal,
perlu didik sebelum menjadi pendidik,
jangan seperti perangai budak-budak.

Nukilan-Sepawi

Tuesday, October 4, 2011

Kerana Silap


Aku teguh berdiri dengan sepasang kaki
melangkah menyusuri jalan,
nampak terang jalan itu,
senyum terukir indah bersih tiada celanya
Mata kuat memandang hijaunya alam ini, 
tiada sudahnya memerhati,
gelagat manusia menjadi penghuni,
tangannya kuat menggenggam,
membersih kusutnya hati,
tidak lelah berfikir untuk jiwa,
kelangsungan kehidupan yang masih jauh,
mungkin penyebabnya,
dewasa kini kian pudar,
langkah kian lesu,
jiwa kian celaru,
apa yang dipandang tidak semuanya indah,
tidak perlu kamu mengambil semua itu,
tidak perlu kamu mencuba untuknya,
kini tiada yang mahu dipersalahkan,
hanya diri,
kini tiada lagi mahu difikirkan,
hanya diri,
kini tiada lagi mahu dimarahkan,
hanya diri,
semuanya kerana silap.

                                                                                                                          nukilan-Sepawi

Saturday, October 1, 2011

Cerita Mereka


Sayu,
gambaran hati memandang wajah mereka,
tidak terdaya sememangnya ada cerita,

bangga,
gambaran hati melihat ketabahan mereka,
tidak terdaya tetapi ada usaha kudrat mereka,

bersyukur,
gambaran hati melangkah dunia mereka,
tidak terdaya nikmat yang terindah masih milik kita,

redha,
gambaran hati menghayati kesabaran mereka,
tidak terdaya namun tidak pernah mengeluh menyusuri jalan cerita,

cerita mereka,
membuat aku sayu,
cerita mereka,
membuat aku bangga,
cerita mereka,
membuat aku bersyukur
cerita mereka
membuat aku redha
cerita mereka
membuat aku mengerti, menghargai, merasai,
nikmatnya anugerah ilahi.

                                                                                                                            Nukilan: Sepawi

Friday, September 30, 2011

Berakhirnya Sebuah Kemerdekaan


Berakhirnya sebuah kemerdekaan,
akan tiada lagi senyum tawa riang,
alunan perasaan,

berakhirnya sebuah kemerdekaan,
tiada lagi bingit suara kanak-kanak bermain,
melainkan bingit tangisan,
.
berakhirnya sebuah kemerdekaan,
senyuman mendapatkan hasil tuaian,
bertukar menjadi suara ketakutan,

berakhirnya sebuah kemerdekaan,
tiada lagi marah ibu kerana pelajaran,
melainkan jeritan mahukan keselamatan.

berakhirnya sebuah kemerdekaan
rumah yang indah dijadikan idaman,
kini menjadi kubu lemah pertahanan,
berakhirnya sebuah kemerdekaan,
masa begitu jauh berjalan,
rasa perit untuk ditelan,
berakhirnya sebuah kemerdekaan,
suara kian pudar bersama kesakitan,
tanpa perlindungan nilai ehsan,
kita mampu pertahankan,
kita mampu menzahirkan,
kita mampu mencorakkan,
sebelum,
berakhirnya sebuah kemerdekaan.
                                                                                                           
                                                                                                             Nukilan: Sepawi

Wednesday, September 21, 2011

Andai Hati Tiada Kamu



Andai  hati ini tiada kamu,
bunga yang mekar  pasti ada  yang  sedih  layu.

Andai hati ini tiada kamu,
bangunan yang megah indah pasti juga menjadi kubu.

Andai hati ini tiada kamu,
nilai ehsan yang dulu ranum pasti bukan menjadi penyambut  tetamu.

Andai hati ini tiada kamu
pasti rosak kampung yang tidak berpenghulu.


Andai hati ini  tiada kamu
ikatan yang teguh pasti juga tidak akan bersatu.

Andai hati ini tiada kamu,
tangisan  sang pencinta pasti tidak diketemu.

Engkau lambang  kecintaan,
Engkau tanda kesetiaan,
Engkau lambang kesenangan,
Engkau tanda keluhuran,
Engkau lambang penghormatan,
Engkau tanda kesucian,
Kehadiran mu bukan kerana paksaan,
Tetapi anugerah kerana kerelaan.

Kasih sayang....

                                                                                                                   nukilan: Sepawi

Saturday, August 20, 2011

Ku Pohom Restu Ayah Bonda

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Kepada insan yang sudah berjaya jenguklah ibubapa di kampung...... hargailah setiap jasa yang telah mereka curahkan untuk kita.... tanpa mereka siapalah kita...

Friday, August 5, 2011

Festival Nasyid Peringkat IPTdan IPTA Zon Sarawak 2011



Hampir 23 hari sudah berlalu, hari ini baru berpeluang bercerita pertandingan tempoh hari. Pertandingan yang berjaya dari segi penganjurannya itu disertai 6 buah IPT dan IPTA seluruh Sarawak. Walaupun hanya 6 kumpulan yang menyertai festival kali ini, namun pesembahan daripada setiap kumpulan nampaknya lebih baik berbanding dengan persembahan pada tahun yang lepas( komen ketua hakim). Uitm cuba menampilkan kelainan pada pesembahan mereka dengan cuba memasukan unsur-unsur moden dalam pesembahan mereka. Bagi penulis dari segi kreativiti mereka adalah yang terbaik. :). Unitar pula cuba membawa unsur seni Sarawak di awal pesembahan mereka dan cuba mendapatkan markah yang tinggi pada bahagian gaya persembahan. Sungguh teruja dengan gerakan yang mereka tampilkan.:)

Alhamdulillah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak berjaya merakul kejuaraan pada tahun ini, diikuti UITM di tempat ke-2 dan UNITAR ditempat Ke-3. Semoga pertandingan sebegini akan dapat terus terlaksana pada masa akan. Di samping dapat mengetengahkan bakat semula jadi para peserta ia juga merupakan salah satu medium dakwah yang terbaik untuk generasi muda masa kini.

 Johan IPG kampus Tun Abdul Razak

Naib Johan UITM
Tempat ke-3 UNITAR

IKMAS

 POLI Mukah

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Saturday, July 30, 2011

Bercakap besar.

Semasa dilahirkan kita sememangnya tidak memiliki apa-apa, kita tidak boleh bercerita melainkan hanya tangisan yang mampu dilafazkan. Kita tidak mampu melangkah kecuali menggerakkan setiap sendi yang terdaya. Kita tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja kecuali melihat dan melihat, segalanya terbatas. Kita hebat kerana izin Allah SWT.

Kasih sayang daripada Allah swt mengatasi segala-galanya. Sedikit demi sedikit Allah anugerahkan sesuatu untuk kita, Allah beri kita mata bukan hanya untuk melihat tetapi memandang segala ciptaannya untuk kita rasa rendah diri betapa kerdilnya kita didunia ini. Allah beri kita tangan bukan hanya untuk mengenggam, tetapi disinilah bermulanya kita merasai sentuhan kasih sayang untuk kebaikan. Allah beri kita sepasang kaki bukan hanya untuk berdiri tetapi untuk menambah kudrat kita untuk meneroka luasnya kehidupan kita. Segala pemberian yang Allah berikan sememangnya tidak pernah putus untuk kita.

Tetapi, dalam mengecapi segala nikmat pemberian ada dalam kalangan kita masih juga belum menghayati setiap hadiah yang telah Allah berikan kepada kita. Lebih malang lagi apabila kita menjadi lebih megah dengan kurniaan yang Allah berikan. Rezeki yang tuhan tumpahkan kepada kita, jadikanlah ia sebagai tanda kesyukuran dihati. Tiada keperluan untuk kita untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang telah kita miliki. biarlah kenikmatan itu kita yang rasainya sendiri, bukannya untuk ditunjuk-tunjuk bahawa kita adalah yang terhebat.

Sikap menunjuk-nunjuk sebenarnya banyak memberi kesan buruk terhadap kita. Kadang-kadang apa yang kita lakukan akan mengguris hati orang lain tanpa sedari. Sikap menunjuk-nunjuk yang keterlaluan akhirnya akan membawa kita kepada sifat keangkuhan, kesombongan yang akhirnya menyebabkan kita dibenci oleh masyarakat sekitar kita.

Akal yang bijak berfikir janganlah dicantas dengan perilaku yang angkuh, yang memungkinkan kita dipandang sepi oleh orang lain atau dengan makna lain perilaku yang mengharapkan pujian dan sebagainya. Sikap-sikap sebegini sememangnya dimulai dengan sikap suka bercakap besar. Seandainya apa yang telah kamu kerjakan itu adalah yang terbaik dan mendapat pujian, janganlah ia digunakan untuk memusnahkan harapan orang lain. tanpa kita amati sebenarnya setiap apa yang dilakukan oleh seseorang mempunyai sebab yang tersendiri dan ia tidak perlu kita ketahui kerana ia boleh dianggap sebagai alasan dan sebagainya.

Apabila sesuatu perkara tersebut dilakukan tanpa niat dihati, janganlah ia dijadikan bahan untuk mengecam tindakan tersebut tanpa melihat atau merasai situasi yang sebenar berlaku. Kita hanyalah manusia biasa sikap menunjuk-nunjuk, kita adalah yang terhebat menyebabkan orang lain merasa muak dengan apa yang kita perkatakan cukuplah dengan teguran yang membina. Kita juga perlu melihat budaya disuatu tempat kadang-kadang ia membataskan setiap apa yang kita lakukan.Bercakap besar akan membawa kepada kesombongan, kesombongan itu akan menyebabkan kita menjadi angkuh yang akhirnya hidup hanya mahukan pujian dan bukannya keikhlasan yang sejati. Sama-samalah kita merenung kembali.

Kita bukanlah insan yang sempurna namun setiap daripada kita perlu mencari kesempurnaan sama ada ia bersifat duniawi sementara ataupun yang kekal abadi akhirat kelak. Apa yang kita miliki sekarang adalah sementara Allah boleh ambil kembali ikut kemahuannya. Kita cuma ibarat bayi yang masih kecil didunia ini, yang hanya boleh melangkah seandainya Allah izinkan, kita hanya boleh kaya seandainya Allah izinkan. Sebelum mengundur diri untuk coretan kali ini sama-samalah kita merenung firman Allah kira-kira bermaksud:

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash:83)

Friday, July 29, 2011

Ramadhan kembali........

Mungkin ada dalam kalangan kita menganggap kehadiran bulan ramadhan hanyalah seperti bulan-bulan yang lain. Mungkin juga ada yang lebih pentingkan sambutan hari raya dari pengisian bulan Ramadhan. Penantian aku untuk ramadhan kali ini penuh dengan sejuta kenangan pahit manis yang mungkin aku tidak akan berjumpanya lagi. Hari demi hari penantian ada sahaja dugaan yang datang menerpa. Tanpa kita sedari ramai antara sahabat kita tidak sempat berjumpa ramadhan kali.

Tiba-tiba aku merasa sebak mengenangkan semua ini.

Ya Allah...
Mungkin kali ini aku hadir untuk kesekian kalinya
Aku memohon ampun Ya Allah
Seandainya banyak khilaf aku untuk berjumpa semula dalam pelukan rahmatmu.
Aku merinduinya Ya Allah.

Ya Allah aku mohon padamu
Agar roh atuk aku dicucuri rahmat,
biarpun terdetik dihati ini menahan kesedihan,
tetapi kasih sayang darimu melebihi kasih sayang
kami yang masih berdiri didunia ini.

Ya Allah
Bimbingkanlah aku
Bimbingkanlah aku
untuk menempuhi perjalanan Ramadhan yang lebih sempurna
Hindarilah aku dari sifat mazmumah
yang kadang-kala sudah menjadi tabiat dalam perilaku harian

Ya Allah
mungkin aku tidak layak untuk meminta dengan mu
tetapi tiada daya aku ya tuhan
kecuali menadah tangan kehadratmu.
hanya engkau yang layak mengatur segala-galanya
untuk aku....

Ramadhan kembali untuk aku... Alhamdulillah

Wednesday, June 22, 2011

Kerana Status??? fikir? ikut hati?

Gunalah kemudahan yang tuhan bagi kepada kita untuk kebaikan bersama. Tuhan bagi kita perasaan untuk kita sedar akan tanggungjawab didalam diri agar lebih perihatin terhadap masyarakat amnya dan untuk diri khususnya. Tuhan beri kita akal untuk berfikir setiap tindakan kita adakah ia betul atau sebaliknya. Inilah yang membezakan setiap manusia dimuka bumi ini. Orang yang pandai menggunakan akal akan mudah mudah untuk mengawal emosi dan mengawal tindakan mereka.

Malanglah kepada seseorang yang gagal menggunakan emosi untuk lebih perihatin kepada orang lain dan gagal menggunakan akal untuk berfikir untuk mengolah kebaikan. Sedih, sedih, dan sedih apabila manusia yang telah diperlengkapkan dengan akal yang sama, hati yang satu, dengan mudah mengecewakan insan yang punyai akal dan hati yang sama seperti dirinya. Orang yang bodoh pendiam adalah lebih baik dari orang yang bodoh tapi banyak bercakap. Cerminlah diri sendiri sebelum memperkatakan sesuatu, adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menilai sejauh mana pengetahuan kita untuk memahami diri. Janganlah asyik mencari kecacatan orang lain sehingga kita lupa untuk memperbaiki diri sendiri. Pernahkah kita bertanyakan soalan apakah pandangan masyarakat sekitar terhadap kita? Adakah kita cukup yakin bahawa jawapan mereka positif terhadap kita? Kalau tindak balas mereka positif, apakah kita diberi kemudahan untuk memberi penjelasan yang kurang tepat terhadap orang lain? seandainya pandangan masyarakat adalah negatif.?. Apa pula Tindakan kita?  ia mungkin jalan kemudaratan untuk kita tempuhi.

Jika sesuatu perkara itu bersifat peribadi janganlah diceritakan perkara tersebut kepada orang lain. Tidakkah agama kita melarang kita membuka aib orang lain biarpun orang itu bersalah dalam konteks bersifat peribadi. Kita perlu sedar akan tanggungjawab diri kita dalam hal sebegini. Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila, teknologi mengambil tempat dewasa ini. Ia dijadikan sumber untuk meluahkan segala kata hati, sehinggakan ia turut mengaibkan orang lain. Semua ini pasti dapat dibasmi dengan mudah seandainya kita bijak menggunakan akal, dan bijak mengurus emosi. Apakah hukum menjaga tepi kain orang lain dan kemudiannya mengolok-olokkan perkara tersebut?

Sebagaimana Firman Allah :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain.
Boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang
mengolok-olok. Jangan pula para wanita mengolok-olok wanita-wanita lain. Boleh
jadi wanita-wanita yang diolok-olok lebih baik daripada para wanita yang
mengolok-olok. Janganlah kalian mencela diri kalian sendiri. Jangan pula kalian
saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah
(panggilan) yang buruk sesudah iman. Siapa saja yang yang tidak bertaubat, mereka
itulah orang-orang yang zalim "(QS al-Hujurat[49]: 11)

Berdasarkan firman diatas jelas menunjukkan bahawasanya betapa Allah melarang kita mengolok-olokkan orang lain. Biarpun ia dilakukan dalam keadaan sindiran secara terus atau sebaliknya. Kita perlu sedar kasih sayang merupakan perkara yang amat ditekankan didalam diri. Tanpa kasih sayang kita mungkin  mudah untuk mengecewakan orang lain. Tanpa kasih sayang akal mungkin hilang pertimbangan. tanpa kasih sayang hati mungkin menjadi keras dan sombong. Semoga kita dijauhi memiliki sifat-sifat yang dilaknat oleh Allah SWT.

Kita mungkin insan yang lemah, namun kelemahan tersebut bukanlah menjadi titik noktah kepada sesuatu kebaikan bersama. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum mencoretkan sesuatu. Lebih baik kita menggunakan segala kemudahan untuk kebaikan dihati dan bukannya bersifat sindiran yang tidak tepat dan sebagainya. Banyak perkara yang kita tidak tahu dari apa yang kita ketahui. Sememangnya ia bersifat objektif untuk dijelaskan. Tapi kebenarannya mungkin nampak suatu hari nanti.

Rasulullah saw. bersabda:

Ada tiga perkara yang menggambarkan kecintaanmu kepada saudaramu: kamu
mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu dengannya; meluaskan tempat untuknya
dalam majlis; memanggilnya dengan nama yang paling disukainya (HR al-Hakim ).

Saturday, June 11, 2011

Pantai Tanjung Kembang, Kabong

Sedikit kita menjengah ke kampung halaman sendiri, sejuta kenangan yang diperolehi tidak dapat ditukar ganti. Wajah bersih kanak-kanak mengemuka sejuta persoalan yang perlu diterokai setiap manusia yang matang dalam pemikiran. :) Ia mungkin jalan kebahagian.
Anak buah aku....

Malu-malu

dari kaca mata mereka

merancang

kecapi kebahagiaan
 
Gambar ini diambil dekat Pantai Tanjung Kembang Kabong, kalau dari kuching perjalanan yang diambil untuk datang kesini ialah hampir 5 jam ikut pemandu juga. Tidak rugi berkunjung disini, boleh berehat bersama keluarga disini. Tempat penginapan pun disediakan .:)

Taman Tasik Sarikei.

Rumputnya boleh dijadikan tilam hhehheh

permandangan dibelakangnya sangat cantik

Semoga bahagia

Tempat berteduh pun ada

Ada tasik yang comel

banyak tempat untuk ambil gambar

Jambatan

boleh tengok tasik yang comel

Ini pula kanak-kanak dewasa yang main ;)   (yeke?)  

kemudahan yang disediakan
Cantik daun ini...

Pengalaman ambil gambar disini tidak mungkin aku lupakan. TQ kepada Syam, Saher, Lyn, Efa dan Ikah. Akhirnya berjaya juga singgah disini.

Sekitar Bukit Sebangkoi, Sarikei

Kedatangan Syam ke Kabong sememangnya ditunggu-tunggu, "lamo bebeno" tak berjumpa. Persinggahan kali ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan terutamanya belajar macam mana nak ambik gambo yang menarik sebijik dalam pandangan mata. Mata kita boleh melihat keindahan alam ini, tetapi lens kamera belum tentu dapat merakam apa yang diperhatikan oleh mata, untuk menjadikan apa yang kita pandang boleh dirakam dijadikan kenangan, kita perlu ada ilmu. Jadi peluang syam berada dikampung "kome" digunakan sebaik mungkin untuk menuntut ilmu. suko ati kome je goreng bahasa perak. hehehe, yang salah harap dimaafi. Inilah antara gambar yang sempat diambil sepanjang 3 hari Syam disini. Gambar disini saya yang ambik, memang banyak kelemahan yang ada hehehe....

 Ukiran di kayu

 Lumut yang menutupi kulit pokok


 Kehijauan daun

 Antara kemudahan di Sebangkoi untuk kanak-kanak
bermain


Panas mentari yang ditutupi rimbunan pepohon yang menghijau.
:)
 Model hehehe

Pokok yang meninggi




Air yang mengalir perlahan( ingat air terjun)

Tangga( x tekaber nait gik.. turun bukan main senang)

Insan yang bersama: Saher(M), Syam( Penasihat), Lyn(M), Ikah, Ifa, dan saya ............. sosej, dan kentang goreng(air mineral lupa bawa hehehe)