Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, May 21, 2011

Jiwa part 3

Bergemalah satu ketika, anaknya jauh dari jalannya. Tinggal dirumah saudara terdekatnya yang seorangnya sakit bekerja. Anaknya itu tidaklah bekerja hanya datang singgah melabuhkan masa rehatnya. Hidup seperti ibarat maharaja tiada kesudahan untuk bekerja. Dunia khayalan jadi amalan sehingga tidak terdaya rebah mencari bantalnya. Tidaklah tahan Si Orang Rumah menjaga pemalas yang tiada disedarnya. Marah cuba dicabar menjadi api yang marak memakan diri. Peluh menitis tidak dihargai, mana mungkin penghargaan yang akan diterima nanti.

Jati diri teruna ditukar ganti kerana lembutnya cantik berseri. Tiada peduli nasihat orang tuanya, teramat sedih melihat watak dimiliki. Berubah fantasi amat disukainya lalu dicari peneman yang sejati. Malamnya dijadikan sebagai siangnya hidup mencari habuan hingga bulan tenggelam kerana sang mentari. Punyai kelebihan yang bukan semua punyai, kemahiran halus yang sukar untuk diikuti, namun tidak diketahui impian yang diimpi mencari apa sahaja dapatan sebagai saraan diri yang perlukan. Namun ada juga khilaf yang jatuh, datanglah lelaki gagah mencari mana siapnya barang tiada dibuatnya. Lalu diambilnya pulang baranglah itu sebagai pengubat hati yang terkilan dek kerana tanggungjawab yang tidak disematkan.

Rumah itu menjadi tempat tinggalnya, tiada ditahannya marah yang semakin menipis. bila darah sudah mengalir ke muka lalu dihamburnya kata-kata khianat. Tidaklah tahan si orang rumah lalu di marahnya juga empunya diri. Tiada dipeduli kata-kata terpancar dari bibir, berlalu pergi membawa diri. Setelah hampir lama perkara berlalu, Puteri plastik datang lagi membawa hajat yang dihati. Lalu cuba dilupakan sejarah lama yang tercalit di dinding-dinding luka tetapi bukan kepada orang rumah. kata-kata masih belum tumpul setelah diasah, sukar dihilangkan kesannya tadi. Namun dijaganya juga kerana ihsan, diberinya tempat tinggal yang selesa tiada disalahnya. Namun masih ada jalan maaf untuk dikecapi menjadi jiwa diheret ketempat yang lebih tenang meninggi.

Tidaklah tahu ibu dab bapa perihal anaknya, mencari nafkah itulah matlamat sehari. Tidak diingatnya menjaga anugerah ilahi dilahir bukan untuk dibiar mencari sendiri jalan kehidupan. Tiada pembimbing, tiada pemudah cara dan tiada penunjuk jalan. Hidupnya dibiarkan terasing dari anak-anak yang laparkan kasih sayang tanpa suapnya. kedegilan anak semakin mengeruhkan air yang tenang. Mencari kehinaan tanpa penghujungnya, mana mungkin perlu dibiarkan begitu sahaja tanpa halangan dari satria perjuang. tiada disedarnya hakikat fitrah manusia, diberi makan tiada dimahunya, diberi tempat tinggal diambilnya barang bukan miliknya. Tiada dihentinya tabiat anaknya semakin mekar semak-samun tiada dibuangnya, hiduplah ular yang membelit siapa sahaja mahunya.

Teringat kembali masa kecil jiwa, bermain bersama dengan ketawa yang tiada hilangnya. Meneroka jalan baru bersama-sama tidak ada penatnya. Jiwa tenang melihat suasana indah yang di pamerkan dalam realiti kehidupan. Rasa cemburu hati melihat keluarga yang bahagia dibelinya aiskrim untuk anaknya kerana kasih-sayang yang masih memuncak cintanya.

Jiwa part 2

Lalu diingatnya pula masa kecil mentah semasa bermain dengan sifat keanakan di rumah. keseronokan itu bertukar menjadi marah ibarat perang saudara. Dibalingnya barang-barang permainan seperti tiada perlunya. Tamat peristiwa tiada siapa yang tahu. Marahnya memuncak apabila dikatakan bukan bunga yang diketahuinya. bergelut mencari kebenaran entah dimana tujuannya. Lalu diberi orang tua darinya kitab yang menjadi pembimbing, di tolaknya dari tangan sehingga terjatuh ke lantai bukan hendaknya. Minda yang sentiasa bekerja pasti akan ingat cerita yang sudah berlalu itu. Matangkan jiwa yang masih kosong, tiada dicarinya halatuju.

Mahligai dibina hancur bekecai, kerana tiada restu orang tuanya untuk berhijrah. Tiada didengar pula nasihat orang tua " Burung yang terbang meninggi pasti akan ketanah juga akhirnya". Lalu diikutkan jiwa yang mahukan perubahan dengan memasang iltizam baru. Anak-anak dibawanya bersama dan anak kecil yang dijaga saudaranya tinggal diberi perlindungan. Tidak lama ia bertahan, lalu angin kuat membawa cerita kecewa kapal kebahgiaan tenggelam dek kerana kealpaan yang tiada diketahui sebabnya.

Lalu lelaki tua yang lama menjaganya dari kecil, mengajaknya balik tetapi tidak berjaya hasilnya. Rasa kesedihan yang tidak tehingga melihat rasa terbeban anaknya dengan dugaan dunia. Dibinanya kembali mahligai yang telah rosak dengan keringat yang baru. Namun kesan tapak kemusnahan jelas dipandangan. Dilihatnya anak, tiada dijaganya. Haluan berbeza mereka turuti. Tiada bekerja mengongkong diri, jalan mudah itu yang dimahunya. Jiwa menjadi tidak tenteram melihat gelagat pelakon-pelakon dunia. Lupa akan tanggungjawab, lupa akan amanah yang digalas. Jiwa perlukan santapan rohani.

Jiwa part 1

Mengukir senyuman kepada sesuatu yang mengindahkan akan membuatkan hati sayu bila memikirkan. Melampiaskan sesuatu yang jarang kita terokai akan menjadi sandaran kepada pengalaman baru buat kita. kebisingan, kebosanan dan kegilaan dunia saat itu sangat mudah mengalpakan kepada insan yang bangun dalam dunia realiti dan tidur saat cengkerik malam menguasai kebisingan kampung. Saat itu bukan musim sedar untuk siang dan sebenarnya dia itu masih kabur menyuburkan benih yang baru tumbuh daunnya. Adapun saat itu juga sekumpulan dalam kalangan mereka bangun menentang, ada pula tangan kotor yang rakus tidak menyukainya.

Siapa sangka siang cuacanya panas keringat terasa menitis, diizinkan pula hujan hingga terbenam matahari menguning. Kesedaran itu akan mematikan jiwa yang kosong menjadi air penuh berisi didalam bekas yang cukup besar untuk dikumpulkan. Lantaran kesedaran menyerap masuk didada, akan ada pula jentera pembawa nista bergelut untuk melegakan bahangnya dendam kesumat yang tiada penghabisan.Gelintar mencari cahaya, gelincar mencari jalan, gelintar mencari pilihan tiada diketemukan. Gugurnya manis pada buah yang ranum, membuat hati kecewa kerana hilangnya jiwa untuk rasa. Mengemis dalam kezaliman memberi jalan sempurna kepada jiwa yang meminta.  

Malanglah kepada jiwa yang sering mencari kesenangan pada jalan yang mudah, tiada dirasanya kesusahan membuatnya resah dihujung jalan kesepian. Di ambilnya barang bukan miliknya sekumpulan rakyat mencari hilangnya harta itu. Biarpun beringgit cuma tetapi hilangnya seperti jatuhnya permata dalam lautan luas yang tiada ketahuan bisanya. Berani sungguh melebar jala disungai tinggalnya buaya. Azab dan balasan mana mungkin belum ditafsir oleh akal yang masih mengalir darah untuknya. Jiwa ini memegang harapan memuncak untuk menangkap lupanya manusia.

Menggelunsur dalam himpunan bijak pandai membuat jiwa tenang mencari. Tiada harapan mudahnya tinggalkan janji, hanya hati yang busuk sahaja mahu rasa terkesan kepada bijaknya hati. Menunggu resah usaha diri, adakah masih untuk diperbaiki atau ia mahu kita menelan pahitnya hempedu. Jiwa yang tenang menggigil ketakutan hingga lupa ada yang memerhatikan disebalik itu. Pantas bergerak bebas hingga lupa jalan yang pernah dilalui. Harapan jiwa kejayaan dihujung sudut itu diambil menjadi inti. Inti kebosanan, Inti Kegilaan dan kebisingan.

Satu demi satu genggaman dilepaskan yang lemah tenggelam dengan angan-angan dan yang gagah terus berenang ketepian ada dijumpanya. Meraung dan menjerit saat dunia bukan miliknya, hangus dek kerana kesombongan yang dijaga. Jiwa ini mahukan penghias, entah apa inginnya. Terasa kesamaran itu, luput dari padangan menjadi gelab dan apa dijiwa. liku-liku itu membuat jiwa berani mara dalam menapak didunia fana.

Teringat kan dia sejarah yang mengundang amukan. Belum terjawab hilangnya sudah dijaja siapa mengambilnya. Sekampung memandang hina kepada siapa yang bukan milik. Terasa fitnah melukakan jiwa, jiwa yang penuh dijaga, jiwa yang tiada dikhianatinya. Rumah jampi serapah dikatakan boleh mengetahui siapa pelakunya.  Semua itu bohong belaka, tiada sempat untuk berfikir terus kesalahan diceritakan. Sungguh perit penghinaan itu. Lalu dijumpanya sang penjampi agar ditinggalkan amalan dusta. Kebenaran timbul seperti melati disungai mengalir tenang. Jiwa perlukan kebenaran.

Monday, May 16, 2011

Khas Buat Bonda tercinta

 Nota Buat Ibu

Aku masih ingat,
Saat basikal lama yang aku tunggang tanpa penat,
ibu marah padaku kerana balik lambat,
kaki aku menjadi alas hukuman tanpa sekat,
aku menangis, mengalir air mata biar tanpa dikesat.

Aku masih ingat,
saat  aku dan abang membeli permainan,
kami kumpul duit itu bersama,
rasa takut kerana tanpa izinnya,
bila tersedar, amarah yang kami terima.

Ibu,
kami tidak tahu apa inginmu,
kami tidak tahu apa pintamu,
kami marah akan ibu,
hati kecil kami inginkan kehidupan kanak-kanak lain,
boleh bermain diluar tanpa izin,
tetapi akur yang kami pelajari.

Ibu,
kami sedar akan khilaf diri,
marah ibu bukan kerana benci,
pukulan ibu bukan menyakiti,
didikan ibu bergerak tanpa henti,
semua itu untuk kami,
sebelum kami berdiri sendiri.

Ibu.
maaflah kerana kenakalan kami,
moga hari ini dan selamanya masih
buat kita untuk dilayari,
miliki keluarga yang bahagia sejati.

                                                                                                                             - Nukilan Sepawi-

Selamat Hari Ibu Buat Norjanah Bt Ena.......

Puisi ini aku ilhamkan semasa hari ibu tempoh hari.

Menyepi

          


Setelah lama menyepi aku kali ini hadir untuk menyatakan sesuatu yang mungkin tidak bermakna kepada orang lain tetapi ia cukup bernilai dimata aku.  Aku dilahirkan pada 7 Januari 1989.  Kehadiran aku di dunia ini bukanlah satu kebetulan tetapi ianya telah dirancang oleh Allah s.w.t.  Semasa kecil aku sering tertanya-tanya mengapa aku dilahirkan? sekiranya aku tidak dilahirkan sebagai manusia dalam bentuk apakah aku akan diwujudkan? Kenapa aku tidak dijadikan sebagai seorang yang kuat  berbanding dengan manusia lain?. Semua itu sering bermain dimindaku, kadang-kadang pertanyaan itu berlalu pergi tanpa jawapan.
           Umur aku kini mencecah umur dewasa, walaupun masih banyak perkara yang masih menjadi tanda tanya tetapi hidup mesti diteruskan dan pencarian itu masih menjadi perkara utama dalam hidup. Aku beranggapan orang yang malas mencari tidak akan berjumpa dengan apa yang diinginkan dan aku juga percaya usaha merupakan jalan terbaik untuk mencari. Mencari apa yang dinginkan, mencari apa yang diimpikan dan mencari apa yang diperlukan. Kadang-kadang pencarian itu terlalu rumit, ada yang berjumpa dengan jalan buntu semasa pencarian, ada juga yang berhadapan dengan pelbagai masalah yang tidak berkesudahan dan pilihan yang paling tidak bijak adalah dengan membunuh diri semasa pencarian. Falsafah yang aku guna tidak semestinya tepat, tetapi sekurang-kurangnya aku punyai matlamat untuk dipegang. 

             kita kadang-kadang lupa apa yang telah kita miliki sehinggakan kita mengabaikan sesuatu yang bermakna. Selalu merasa senang sehinggakan disaat sempit ego masih menebal dalam hati. Susah ditegur kerana menganggap apa yang dilakukan adalah betul sentiasa. Dalam pencarian kita didunia ini buanglah setiap perkara yang merugikan kita. Tidak akan rugi seandainya kita mendengar teguran orang.  Tidak hilang maruah kita seandainya keegoan dijadikan perkara kedua selepas kebijakan akal fikiran disandarkan pada setiap keputusan. Pilihan positif atau negatif, kita sebenarnya tiada pilihan, kita perlu positif.

            Biarpun perjalanan aku didunia ini tidak sejauh mana, tetapi setiap persoalan semasa kecil aku terjawab satu-persatu.  Aku yakin dan percaya jawapan yang aku temui pasti membawa aku pada destinasi kehidupan yang sebenar kelak.