Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 16, 2011

Khas Buat Bonda tercinta

 Nota Buat Ibu

Aku masih ingat,
Saat basikal lama yang aku tunggang tanpa penat,
ibu marah padaku kerana balik lambat,
kaki aku menjadi alas hukuman tanpa sekat,
aku menangis, mengalir air mata biar tanpa dikesat.

Aku masih ingat,
saat  aku dan abang membeli permainan,
kami kumpul duit itu bersama,
rasa takut kerana tanpa izinnya,
bila tersedar, amarah yang kami terima.

Ibu,
kami tidak tahu apa inginmu,
kami tidak tahu apa pintamu,
kami marah akan ibu,
hati kecil kami inginkan kehidupan kanak-kanak lain,
boleh bermain diluar tanpa izin,
tetapi akur yang kami pelajari.

Ibu,
kami sedar akan khilaf diri,
marah ibu bukan kerana benci,
pukulan ibu bukan menyakiti,
didikan ibu bergerak tanpa henti,
semua itu untuk kami,
sebelum kami berdiri sendiri.

Ibu.
maaflah kerana kenakalan kami,
moga hari ini dan selamanya masih
buat kita untuk dilayari,
miliki keluarga yang bahagia sejati.

                                                                                                                             - Nukilan Sepawi-

Selamat Hari Ibu Buat Norjanah Bt Ena.......

Puisi ini aku ilhamkan semasa hari ibu tempoh hari.

No comments:

Post a Comment