Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 16, 2011

Menyepi

          


Setelah lama menyepi aku kali ini hadir untuk menyatakan sesuatu yang mungkin tidak bermakna kepada orang lain tetapi ia cukup bernilai dimata aku.  Aku dilahirkan pada 7 Januari 1989.  Kehadiran aku di dunia ini bukanlah satu kebetulan tetapi ianya telah dirancang oleh Allah s.w.t.  Semasa kecil aku sering tertanya-tanya mengapa aku dilahirkan? sekiranya aku tidak dilahirkan sebagai manusia dalam bentuk apakah aku akan diwujudkan? Kenapa aku tidak dijadikan sebagai seorang yang kuat  berbanding dengan manusia lain?. Semua itu sering bermain dimindaku, kadang-kadang pertanyaan itu berlalu pergi tanpa jawapan.
           Umur aku kini mencecah umur dewasa, walaupun masih banyak perkara yang masih menjadi tanda tanya tetapi hidup mesti diteruskan dan pencarian itu masih menjadi perkara utama dalam hidup. Aku beranggapan orang yang malas mencari tidak akan berjumpa dengan apa yang diinginkan dan aku juga percaya usaha merupakan jalan terbaik untuk mencari. Mencari apa yang dinginkan, mencari apa yang diimpikan dan mencari apa yang diperlukan. Kadang-kadang pencarian itu terlalu rumit, ada yang berjumpa dengan jalan buntu semasa pencarian, ada juga yang berhadapan dengan pelbagai masalah yang tidak berkesudahan dan pilihan yang paling tidak bijak adalah dengan membunuh diri semasa pencarian. Falsafah yang aku guna tidak semestinya tepat, tetapi sekurang-kurangnya aku punyai matlamat untuk dipegang. 

             kita kadang-kadang lupa apa yang telah kita miliki sehinggakan kita mengabaikan sesuatu yang bermakna. Selalu merasa senang sehinggakan disaat sempit ego masih menebal dalam hati. Susah ditegur kerana menganggap apa yang dilakukan adalah betul sentiasa. Dalam pencarian kita didunia ini buanglah setiap perkara yang merugikan kita. Tidak akan rugi seandainya kita mendengar teguran orang.  Tidak hilang maruah kita seandainya keegoan dijadikan perkara kedua selepas kebijakan akal fikiran disandarkan pada setiap keputusan. Pilihan positif atau negatif, kita sebenarnya tiada pilihan, kita perlu positif.

            Biarpun perjalanan aku didunia ini tidak sejauh mana, tetapi setiap persoalan semasa kecil aku terjawab satu-persatu.  Aku yakin dan percaya jawapan yang aku temui pasti membawa aku pada destinasi kehidupan yang sebenar kelak.




          

No comments:

Post a Comment