Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 16, 2011

( Kampung Kabong)Main Ngongan Tapok


Sebelum penulis menceritakan dengan terperinci cara main ngongan tapok lebih elok kiranya terlebih dahulu penulis menceritakan apakan maksud frasa " Main Ngongan Tapok" satu persatu bagi memudahkan kita memahami. Main merupakan salah satu kata kerja yang merujuk kepada tindakan untuk melakukan sesuatu aktiviti atau permainan tertentu. Ia merujuk kepada Individu yang bersama secara langsung dalam satu permainan tertentu. Rasanya semua sudah mengetahuinya. Ngongan pula merupakan salah satu perkataan yang berasal dari bahasa Melayu sarawak(kabong) yang merujuk kepada permainan. Maknanya ngongan sinonim bagi perkataan permainan. Tapok pula juga merupakan bahasa Melayu Sarawak (Kabong) yang bermaksud sembunyi atau sorok. Kesimpulannya frasa "Main Ngongan Tapok" bolehlah disama ertikan sebagai main permainan sembunyi-sembunyi atau sorok-sorok. Permainan ini sememangnya tidak jauh beza dengan permainan sembunyi-sembunyi yang polular dikampung lain, mungkin hanya dibezakan dengan peraturan permainan sahaja.

Mari kita perincikan cara permainan ini dimainkan di Kampung Kabong.  

  1. Permainan ini boleh melibatkan banyak individu dalam satu-satu permainan.
  2. Pemilihan tapak permainan tiada tiada hadnya kerana ia boleh dimainkan sama ada didalam rumah mahupun diluar kawasan rumah mengikut persetujuan.
  3. Apabila peserta permainan ini telah dipilih maka mereka diwajibkan untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi hantu atau pencari. Biasanya salah seorang akan dipilih berdasarkan persetujuan bersama.
  4. Permainan dimulakan apabila pencari menutup mata pada arah tiang atau dinding yang sesuai dan mula mengira. 
  5. Semua peserta permainan akan mencari tempat persembunyian masing-masing mengikut sempadan yang telah dipersetujui.
  6. Apabila pengiraan tamat pencari akan mula menggeledah dan menangkap siapa sahaja yang sudah dikesan tempat persembunyian.
  7. Pencari mestilah berlari ketempat tiang atau dinding dan mestilah menyebut nama peserta dan tempat persembunyian peserta yang sudah dikesan.
  8. Pencari juga perlu menyentuh dinding atau tiang pengiraan bagi memastikan peserta tidak boleh menyelamatkan diri.
  9. Peserta yang terakhir yang masih belum dikesan boleh menyelamatkan semua peserta tadi dengan syarat peserta tersebut berjaya berlari mendahului pencari untuk menyentuh tiang.
  10. Sekirannya peserta terakhir berjaya menyentuh tiang maka peserta pencari tadi sekali lagi akan menjadi hantu atau pencari.
  11. namun sekiranya pencari berjaya menangkap peserta terakhir dengan menyentuh tiang dan menyebut nama, maka peserta pertama ditangkap tadi pula akan menjadi pencari atau hantu.
  12. Permainan ini cukup mencabar sekiranya ia dilakukan ditempat yang cukup luas kawasannya   
Penulis berharap main ngongan tapok ini akan terus bersemadi dijiwa penduduk Kampung Kabong kerana ia merupakan warisan yang perlu dikekalkan bersama. Seandainya ia tidak dijaga makan ia akan lenyap bersama dengan peredaran masa yang terus rancak berlalu.

                                                                                           Pencinta Kampung Kabong-Sepawi(boy)

No comments:

Post a Comment