Perkongsian Maklumat Semasa.......
APA YANG MEMBUAT KITA BENAR TIDAK AKAN MEMBUAT KITA SALAH SEBALIKNYA APA YANG MEMBUAT KITA SALAH TIDAK AKAN MEMBUAT KITA BENAR
Kadang-kadang terlalu banyak peristiwa yang membuatkan hati kita sedih. tapi semua itu sebenarnya mengajar kita erti kehidupan.. biarpun ianya perit tetapi ia sudah cukup memberi makna pada kita. Manusia biasanya melakukan apa yang dilarang. sebenarnya dia tahu apa yang dia lakukan itu salah. Tetapi kerana leka semuanya jadi baik buat dirinya. setiap keputusan yang kita buat akan memberi kesan pada kehidupan masa hadapan.... apa yang kita miliki sekarang adalah hasil usaha kita pada masa lalu. Sekirannya kita ingin lihat masa hadapan , renungilah apa yang kita lakukan sekarang.......
Setiap artikel yang terkandung didalam blog ini sebahagian besarnya adalah hasil idea penulis blog sendiri melainkan ia dinyatakan sumbernya, kepada mana-mana individu yang ingin mengambil mana-mana arktikel yang menarik diharap dinyatakan tujuannya pada ruangan sembang-sembang.
Komen yang bertujuan untuk kebaikan diharap ditinggalkan pada ruangan khas sebagai panduan penulis pada masa akan datang. Semoga kita diberi kemudahan dalam mengejar sesuatu kebaikan biarpun ianya sedikit.
Harapan
Diharap perkongsian ilmu dan maklumat didalam blog ini dapat dijadikan salah satu pengetahuan yang berguna kepada kita semua.
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang" (Bukhori dan Muslim)
"Barangsiapa yang taat kepadaku bererti ia taat kepada Allah dan barangsiapa yang derhaka kepadaku bererti ia derhaka kepada Allah" (Bukhori)
"Barangsiapa mendengar azan tetatpi tidak mahu datang kemasjid maka solatnya tidak sempurna kecuali ia sedang uzur" (Ibnu Majjah)
"Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)
"Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)
"Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib" (Muslim)
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)
"Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)
No comments:
Post a Comment