Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 2, 2012

Nasihat Dilema Kehidupan

Mengorak langkah dalam alur cabaran dunia, menuntu minda  bekerja dengan lebih keras untuk terus bertahan menghambat setiap dilema yang datang. kehidupan yang mencabar sebenarnya memberi ruang untuk kita belajar tentang banyak perkara yang kadang-kadang kita masih belum dapat mengesan natijah di sebalik peristiwa.

Setelah lama tidak mencoretkan idea dalam ruangan blog ini, saya merasakan banyak perkara yang dilalui hanya tinggal kenangan minda semata. Kekangan masa dengan perkara yang lebih mustahak meminta saya untuk berehat dalam menulis cerekarama dunia kehidupan saya yang sudahpun berlalu. Namun, ia bukan titik noktah untuk saya menamatkan segalanya dengan satu alasan yang agak mudah. Peristiwa dan sejarah sebenarnya telah melalui zaman yang sama, peringkat yang sama, dan penceritaan yang sama. Cuma cerita dan masa sahaja yang membezakannya.

 Saya hampir 1 bulan setengah berpraktikum disebuah sekolah di Sarawak. Ini merupakan pengalaman ketiga saya berpraktikum. Setiap sekolah mempunyai budaya masing-masing yang sebenarnya kita perlu tahu dan sedar akannya. Ini kerana ramai yang tidak sedar kadang-kadang mereka berkokok ditempat yang salah dan akhirnya membawa padah kepada diri. Saya sebenarnya masih mentah dalam dunia keguruan. Namun pengalaman yang sedikit ini rasanya banyak membantu saya dalam menongkah perjalanan seorang guru di sekolah.

Hidup tidak selalunya ceria, malam tidak akan selalu setia kerana siang pasti menjelma. panas pasti akan hujan, bila tiba saatnya. Terdetik dihati saya untuk berkongsi pengajaran yang  saya ambil dari kisah sebenar dalam dunia realiti. Allah kurniakan akal yang bijak untuk berfikir. Allah kurniakan tangan untuk memegang dan Allah kurniakan segalanya untuk kita memeriahkan dunia dan membawa bekal ke destinasi yang kekal kelak. Saya pasti kita mempunyai akal yang celik untuk mengambil segala kebaikan dan menjadikan keburukan sebagai pengajaran.

Sebagai seorang individu yang dilatih untuk menjadi gru selama hampir 5 tahun setengah adalah mustahil untuk kita masih jahil tentang apa yang telah kita pelajari. kita bukan insan yang sempurna namun apakah kita diberi kewajaran untuk bertindak pentingkan diri. Saya merasakan ia merupakan perkara yang pasti merosakkan diri.

Sebuah Institusi mempunyai organisasi masing-masing sebagai orang masih belum layak memegang jawatan dalam institusi tersebut perlu akur dengan peraturan yang telah lama mereka gunakan. kita tidak mempunyai kuasa untuk menukar budaya mereka seharursnya kita yang perlu berubah untuknya. Jangan suruh keadaan berubah kerana kita, tetapi kita yang perlu berubah kerana keadaan.

Tidak semua perkara kita tahu tentangnya. sekiranya kita tahu sekalipun biarlah secara beradap kita mencadangkan. Melakukan perkara keikhlasan dan dengan niat hanya untuk mendapat nama adalah perkara yang berbeza. Setiap tindakan kita diperhatikan oleh orang ramai. mereka yang mengadili bukan kita yang mengadilinya. Jika seratus orang melihat kelakuan kita itu tidak betul adakah kita masih mempertahankan tindakan kita. Kita perlu akur dan faham ini kehendak masyarakat dan kehendak mata yang memandang kita.

kehidupan yang penuh kebongkakkan dan kesombongan yang meninggi pastinya menjatuhkan kita dimata yang memandang. Apa yang kita miliki hanya sementara tiada yang kekal. Ilmu kita kongsi apabila diperlukan dan bukan nya kita yang perlu menonjolkan diri sendri untuk mendapat perhatian yang kita ada segala-galanya. Sombong tidak bertempat memang boleh meranapkan diri kita untuk terus maju. Biar hidup merendah diri tapi berisi dari sepertin tin kosong hanya bercakap tapi tidak serupa dengan perlakuan.


Bjiaklah dalam mengatur keikhlasan hati insan, bijaklah dalam melafaskan percakapan, bijaklah dalam mengatur setiap pelakuan dan tindakan. Inya-Allah kita akan disegani oleh kawan dan lawan.



No comments:

Post a Comment