Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 8, 2009

Terima kasih sahabatku


Aku hampir tiga hari rehat dibilik kerana demam. Memang boring jugak tak dapat ikut latihan drama, tidak dapat jalan-jalan bersama-rakan. Tapi aku tahu inilah masa rehat untuk ku. Sepanjang aku berada dibilik banyak benda yang aku fikirkan selain menelaah berita harian online. Sahabat sejati adalah sahabat yang akan sentiasa bersama kita suka dan duka. Bukan senang nak cari sahabat sejati. Aku sebenarnya rasa terharu kerana aku memiliki sahabat yang aku rasa benar-benar dekat dihati. Semasa aku demam ni diorang bersusah payah balik kampung semata-mata untuk ambil buah kelapa untuk aku. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa mereka. Terima kasih sahabat ku........ ingatlah kalu kita nak melihat keikhlasan seseorang lihatlah siapa yang bersama kita ketika ditimpa musibah.

No comments:

Post a Comment