Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, November 7, 2009

tekanan....

hari tu kelas kami telah di beri mandat untuk menjadi sebahagian ahli jawatankuasa untuk majlis----------------. Saya telah diberi peluang untuk menjadi MC. Memang kami bersemangat menghias dewan. Memang cantik betul dewan pada hari tersebut. letih memang lah letih tetapi rasanya berbaloi penat lelah kami apabila melihat dewan yang indah penuh dengan warna warni. Namun pada hari berlangsungnya majlis tersebut, kelancaran atur cara terganggu apabila ada segelintir mereka yang tidak bertindak atas kapasiti yang telah diberikan. Sedangkan kami hanya diberi tugas yang telah diberikan. memang tidak boleh masuk campur urusan lain biarpun sebenarnya ianya perlu. kami menganggap apa yang diluar bidang kami telah diuruskan dengan baik. Namun lain cerita sebaliknya. Sememangnya agak sukar menjalankan tugas apabila sifat ingin membantu tidak ditonjolkan. Kepada insan yang telah diberi tugas, itu adalah amanat jalankan dengan baik. jangan seperti melepaskan batuk ditangga. bila dah bertugas jangan asyik membandingkan apa yang kita telah lakukan. buatlah dengan keikhlasan. banyak benda yang kita tahu dari apa yang kita tidak tahu. Cantik luaran bukan jaminan kelancaran sesuatu perkara. Apa yang aku pelajari duduk bermesyuarat penting sebelum menjalankan aktiviti.....

No comments:

Post a Comment