Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 1, 2009

Setelah kesulitan ada kemudahan

Wahai manusia setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, seteah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan ada terang benderang.

.......mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya) atau sesuatu keputusan dari sisinya....... ( Al-Ma'idah: 52)

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah; kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa; pertolongan akan datang secepat kilat cahaya dan kerdipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.

Saat anda melihat hamparan sahara yang seolah mamanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus.

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka 'jendela' yang mengalir.....

......kesejukan dan keselamatan....... ( Al-Anbiya: 69)

Maka dari itu, janganlah kita merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan Sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meskipun demikian, yang ghaib akan tetap bersembunyi, dan sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatnya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

No comments:

Post a Comment