Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Al-Quran peringkat IPGM kampus Tun Abdul Razak telah diadakan 16 September 2009. Majlis pada malam tersebut meriah dengan kehadiran para hadirin. Ini bukan kali pertama aku ikut serta dalam majlis seperti ini. Pada malam tersebut juga diumumkan pemenang untuk pertandingan Tilawah, hafazan, nanyid, dan tafsir yang telah diadakan seminggu yang lalu. Alhamdulillah pada tahun ini aku masih dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran. Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak dan ayah juga Abg Sahir kerana banyak memberi aku semangat secara tidak langsung. Tidak seperti tahun yang lalu penyertaan peserta untuk pertandingan kali ini amat memberangsangkan. Diharap pada tahun yang akan datang semakin meningkat jumlah peserta yang menyertai pertandingan sebegini.

No comments:

Post a Comment