Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 9, 2010

Antara dua

Persimpangan yang sentiasa dihadapan setiap perjalanan kita banyak mengundah kekecewaan. andai kata kita telah memilih satu jalan. kita terpaksa melepaskan pilihan yang satu lagi yang mana mungkin adalah pilihan terbaik kita. namun adakah kita sedar akan pilihan yang telah kita ambil itu. kadang-kadang kita akan sedar hanya bila beberapa tahun setelah membuat keputusan. Ada juga sehingga berpuluh tahun. Adakah kita dianggap seorang yang gagal setelah membuat pilihan yang salah. saya beranggapan bahawa setiap dari kita mempunyai peluang yang sama rata untuk berubah. cepat atau lambat adalah datang dari kita sendiri.

disaat beberapa hari berada ditahun baru, Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dinegara kita sejak kebelakangan ini, yang mengundah gelisah dihati kita. Adakah kemodenan yang kita kecapi sekarang telah melupakan kita untuk cara beradap. cukupkah sistem yang kita guna sekarang untuk membina jati diri seorang insan dinegara kita?

Sebagai umat Islam yang memegang prinsip rukun iman. perlu bijak didalam menangani perihal masalah yang berlaku. Adakah dengan menggunakan keganasan kita dapat menyelesaikan isu tersebut. Adakah dengan berkelakuan diluar kawalan tersebut Nama Agama kita akan dipandang baik.? bagaimana pula kepada insan yang baru berjinak-jinak dengan agama kita, apabila melihat situasi sekarang mungkin menyebabkan mereka berasa tergamam seketika. siapakah yang akan bertanggungjawap??

pilihlah antara 2............ baik atau jahat......

No comments:

Post a Comment