Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 15, 2011

Nasib

Kadang-kadang terlalu banyak perkara yang buat kita tidak faham. Selama aku pergi ke hospital belum pernah terlukir didalam hidup aku, menunggu doktor merawat hampir 12 jam dihospital. Begitulah nasib kawan aku yang patah tulang klavikal akibat kemalangan. Kita mungkin kata ia tidaklah seteruk mana. Tetapi bagi aku segala perihal pesakit yang datang kehospital perlu rawatan segera. Boleh kita bayangkan kesakitan yang ditanggung pesakit yang patah tulang yang menuggu lama untuk dirawat. Pihak yang terlibat perlu sedar. Sekiranya tiada doktor pakar yang hendak merawat, sekurang-kurangnya berilah sedikit ubat tahan sakit. Saya nak tanya, sanggupkah kita melihat keluarga kita sendiri menahan kesakitan. Kalau kita rasa tidak sanggup, bagaimana pula pesakit yang mempunyai mempunyai ahli keluarga yang perlukan bantuan segera. Adakah mereka ini tidak kisah anak mereka menahan kesakitan? Apa yang mendukacitakan lagi, mereka boleh biarkan kanak-kanak yang patah tulang menunggu lama sehingga ke pagi. Sekurang-kurangnya beritahu mak bapak budak itu, esok datang balik kerana tiada doktor yang boleh merawat. Nasib... nasib.....

No comments:

Post a Comment