Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 29, 2010

Salah Peranan

Setiap orang sememangnya ada peranan masing-masing didunia ini. Ada yang ditugaskan menjadi pengajar, berperanan sebagai AJK sesuatu program dan sebagainya. Benda yang aku nak ceritakan ini seharusnya menjadi ikhtibar buat kita semua. Kakak ini seperti biasa menjaga kedai pop ais yang sejak pembukaan kedai tersebut ia mendapat sambutan yang memuaskan daripada penduduk kampung. Rezeki yang Allah berikan sememangnya ada dimana-mana cuma nak atau tidak sahaja menjadi kata putus untuk mendapatkannya. Seperti biasa kakak yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata itu perlu mengerah seluruh keringat untuk mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Suami kakak ini hanya bekerja sebagai penternak lembu secara kecil-kecilan. Sememangnya kerajinan yang ditunjukkan oleh suami kakak ini amat dikagumi

Hari itu kedai kakak didatangi oleh seorang lelaki yang agak berumur. Dia terus masuk ke kedai.


"Suami dah tak jaga lembu lagi!?"
"Habis tanaman dimakan oleh lembu dia yang lepas!"
"Ini tak boleh jadi boleh direport polis.!"


kakak itu berasa hairan dengan tindakan lelaki yang agak berumur itu. Sememangnya dia mempunyai tanggungjawab yang penting dikampung tersebut.


"Pakcik tak boleh lah tuduh melulu mcm ini."
"kalau betul itu memang lembu suami saya, kami mengaku salah dan kami akan bayar ganti rugi. kalau tak dapat bayar tunai kami akan bayar ansur-ansur dengan pakcik."
"Sebagai seorang insan yang sangat dihormati dikampung sepatutnya pakcik memberi nasihat kepada kami terlebih dahulu bukanlah datang dengan cara marah-marah begini. "
"kalau pakcik nak report polis reportlah dah memang salah kami."

Pakcik itu meninggalkan kakak dalam keadaan marah. Dipendekkan cerita apabila suami kakak tiba dirumah, dia diceritakan dengan situasi yang berlaku. Sebentar kemudian dia bergegas mencari pakcik tersebut dan menjelaskan keadaan yang sebenar. Realitinya lembu yang lepas itu bukan kepunyaan suami kakak. Tetapi milik orang lain. Telajak perahu boleh diundur telajak kata sendiri yang tanggung....... sebagai seorang yang berjawatan tinggi didalam kampung tunjuklah karisma yang berkualiti kepada penduduk kampung. Selesaikanlah masalah itu dengan baik. Tiada kerugian buat kita. kita menyerang orang tanpa fakta yang jelas hanya mendatangkan malu kepada kita, biarpun orang yang kita marah itu insan biasa. Nak marah buat apa? ada faedah? selesai ke masalah? lihat peranan sebenar kita dalam kampung. fikir-fikirkanlah....


Nota:
Janganlah terlalu memandang rendah terhadap orang lain dek kerana jawatan dan pekerjaan seseorang. Pekerjaan yang rendah nilainya dari pandangan wang semata, tidak menjamin kemuliaan seseorang.














































No comments:

Post a Comment