Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 19, 2010

Tanggungjawab tidak terhenti disini....

Setelah hampir 6 bulan digalas dengan tanggungjawab menjadi ketua, tanggal 19 November berakhirnya penitian amanah yang diberikan. Terdapat banyak perkara yang boleh aku simpulkan sepanjang menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

  • Apa yang kita beri itulah yang kita akan terima
Apabila kita melakukan sesuatu perkara sememangnya memerlukan kerajinan dan usaha yang berterusan bagi mencapai satu matlamat. Usaha yang gigih, dan sifat tawakal yang tinggi akan membuahkan hasil yang mungkin kita tidak dapat gambarkan. Apabila kita memberi 100 peratus komitmen dan kesabaran maka hasilnya adalah sepadan dengan apa yang telah kita berikan..... apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat......

  • Tidak salah memperkatakan sesuatu yang benar.
Apabila kita merasakan kita berada dipihak yang benar beranikanlah diri untuk bersuara. Itu adalah hak kita. Hak sebagai warganegara. Kepada pemimpin yang akan dilantik nanti, jangan sekali takut untuk melakukan sesuatu perkara yang benar, kerana hanya perkara yang benar akan membawa kita ke destinasi matlamat yang dicari.

  • Tegurlah kerana kasih bukan kerana benci atau dendam
Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah ketika menegur. Ramai diantara kita menegur+emosi semata. Itulah kesilapan kita apabila kita menegur dengan menggunakan emosi sudah pasti perasaan marah mudah menguasai kita yang akhirnya ditaburkan dengan benih benci dan dendam. Sebagai penyelamat, gunalah rumus Menegur+akal. Akal mampu mengawal tindakan kita. Hanya akal sahaja akan dapat membantu kita memperbaiki perilaku negatif.

  • Bantulah selagi terdaya
Apabila menjalankan tugas terutamanya sebagai pemimpin. keperihatinan adalah amat dituntut. Bantulah selagi ada tenaga. bantulah selagi ada jiwa, bantulah selagi ada sayang hamba. Apabila kita mudah menghulurkan bantuan, begitulah mudahnya kita akan dihargai. Bantuan dalam bentuk metarial mungkin akan habis.... namun jasanya tetap tertanam rapi dihati. tiada nilai untuknya.


Pesanan:
tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah tidak akan terhenti disini. tanggungjawab kita akan sentiasa bertambah bersama setiap detik masa berlalu. jangan takut diberi tanggungjawab kerana itulah salah satu cara untuk mematangkan diri Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment