Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 21, 2010

Suatu Hari

Hari ini(20 hb nov) merupakan hari terakhir kakak dan abang senior sem 8 berada di kampus. mungkin masih ada antara mereka yang belum balik. Pagi itu aku bangun awal sebab aku dah janji dengan aboy hantar dia dekat airport. flight berangkat dalam jam 1030. Namun dalam perjalanan ke airport aboy dikhabarkan dengan berita masalah tiket flight. Kami cuba berfikiran positif harap-harap berita itu hanya gurauan semata. Namun tekaan kami silap. Flight aboy akan berlepas jam 3 petang. Aku dan Hudia mengambil keputusan untuk balik kerana syam dan efa menunggu di kampus. Syam pun akan bertolak balik ke Perak jam 2. waktu itu jam sudah menunjukkan 10.28 pagi. Setibanya ditapak tempat letak kereta. Aku bunyikanlah alarm kereta seperti biasa yang tanpa aku sedari ada insan yang menyandarkan tubuhnya ditepi kereta aku. Aku hanya sedar apabila 2 insan itu memberitahu aku betul-betul dihadapan kenderaan.

"u i terkejut u buka alarm kenderaan masa i sandar pada kereta u"
"melompat i"

sambil diselang -selikan dengan ketawa mereka

Aku hanya mampu menyatakan
"i 'm sorry"
sambil melihat reaksi gedik mereka diluar kenderaan.

Umurnya aku rasa dalam lingkungan 40-an. Tapi gaya mereka seperti masih muda. Hati aku ligat memikirkan keadaan mereka. Harap-harap apa yang aku fikirkan tidak seperti realitinya.
sambil menghidupkan enjin kereta aku perhatikan mereka dari dalam kenderaan entah apa yang mereka bincangkan. Mereka menari-nari kemudian disusuli dengan ketawa riang.

Bukan aku sengaja nak membuka aib orang cuma dari kejadian itu aku terfikir beberapa perkara.

  • Kenapa dalam dunia yang semakin maju manusia semakin jahil dalam banyak benda?
  • kenapa banyak nilai kebaikan didunia semakin terhakis.?
  • Adakah jalan penyelesaian benar-benar terlaksana.?
  • Adakah institusi asas lemah?
kesimpulan yang boleh aku katakan kembali kepada agama......

nota:
Aku mungkin bukan insan yang sempurna namun tidak salah untuk aku mengejar kesempurnaan...

2 comments:

  1. Aku kurang faham kisah ni..
    Apapun, terima kasih kerana sudi ambil dan antar aku..semoga Allah membalas jasamu :)

    ReplyDelete
  2. Syam> kisah terjadi masa hantar kau.... hehehhe lawak jak nengok orang ya..... yang paling extrem pakaiannya.... x layak gik dah untuk 2 orang ya guna..... heheheehhe

    ReplyDelete